Khamis, Mac 03, 2011

CHICKEN POX. mula menyerang!!!

Malam tadi pergi klinik untuk sahkan bintik-bintik merah kat badan Awadah...dan doktor sahkan bahawa Awadah dijangkiti penyakit chicken pox... Doktor pesan, Awadah tak boleh pergi taska, sebab ditakuti akan menjangkiti budak-budak lain...

Kalau ikutkan sejarah anak-anak saya nie...cuma Awadah sorang saja yang belum dijangkiti penyakit nie...harap-harap anak-anak yang lain tak akan dijangkiti lagi.. Insya Allah...

Bila dah kena penyakit nie, mula saya gelabah...walaupun dah berjumpa dengan doktor, namun saya pasti ada petua-petua lama melayu yang masih boleh digunapakai...tapi saya tak tau...( dah macam ibu muda pulak nie...)..jejalan kat goggle jumpa lah ak-kisah tentang penyakit ni...

Penyakit ini adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. Ia disebabkan oleh kuman virus (Vlaricellazoster). Hampir semua kanak-kanak akan mendapat penyakit ini.

Dalam masyarakat Melayu penyakit ini umumnya dikenali sebagai demam campak.

tapi orang yang ala-ala orang putih tu sebut dia chicken pox...penyakit ala-ala ayam kot....

Cara ia merebak

Cacar air yang mudah berjangkit ini merebak dari seorang ke seorang melalui bersin,batuk, pakaian yang tercemar dan sentuhan ke atas lepuh yang pecah. Gejalanya akan timbul dalam masa 7-21 hari selepas seseorang itu terdedah kepada kuman penyakit ini.

CTE : agaknya awadah dapat penyakit ni sebab dia berkongsi2 tuala ngn bebudak taska kot....

Gejala

Pada lazimnya cacar air tidak menimbulkan sebarang gejala sehinggalah munculnya bintik-bintik ruam atau campak. Sesetengah kanak-kanak akan terasa letih, demam,batuk, selsema dan mengadu sakit perut sehari atau dua hari sebelum ruam yang merah dan rata ini muncul.

CTE : patutlah Awadah mengadu sakit perut dan lenguh2 2 malam dulu....

Kemunculan Ruam

Biasanya ruam bermula di kulit kepala, muka dan belakang . Tetapi ia juga boleh merebak ke mana-mana permukaan badan. Ia jarang dilihat di tapak tangan atau tapak kaki. Ruam yang timbul adalah lebih kecil dari saiz biji jagung. Ia kadang-kala kelihatan berkerak dan boleh juga timbul di dalam mulut, di atas kelopak mata dan di bahagian kemaluan.

Dalam masa beberapa jam sahaja, bintik-bintik merah ini akan bertukar menjadi lepuh yang kelihatan jernih dan sangat gatal. Lepuh ini menyebabkan mangsanya rasa teramat gatal. Apabila anak anda menggaru, lepuh ini akan pecah dan mengeluarkan cecair. Ia kemudiannya akan kering dan menjadi keruping yang keras. Dalam tempoh kira-kira 2 minggu keruping-keruping ini akan tertanggal. Memandangkan ruam-ruam ini terus keluar untuk selama 2 - 6 hari, bintik-bintik merah yang baru sering kelihatan muncul di samping keruping lama.

CTE : lihat Awadah sekarang nie... lemah je..doktor dah kasi ubat cecair untuk mengeringkan bintik2 merah tu..

Sesetengah kanak-kanak hanya timbul beberapa bintik ruam sahaja di badannya, manakala yang lainnya adalah lebih menyeluruh.

Komplikasi

Lazimnya, komplikasi jarang berlaku. Walau bagaimanapun, cacar air kadangkala boleh menyebabkan penyakit ensefalitis (lkeradangan otak), meningitis atau pneumonia (keradangan paru-paru). Tetapi, masalah yang paling besar yang dihadapi oleh ibu bapa apabila anak mereka mendapat cacar air ini ialah jangkitan kuman pada lepuh-lepuh tersebut.

CTE : cukup takut dijangkiti penyakit lain pulak...masalanya, Awadah suka hisap jarilah...takut jangkitan menyerang dalam mulut dia...lagi parah...

Pemulihan

Kebanyakan kanak-kanak akan pulih dalam masa kurang dari 2 minggu.

Rawatan

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor boleh mengurangkan masa jangkitan dan tahap keterukan cacar air. Bagi kes-kes cacar air biasa, rawatan ubat-ubatan tidak digalakkan.

Perlu diingat bahawa ubat-ubatan ini hanya berkesan jika ia mula digunakan dalam masa 24 jam selepas jangkitan bermula. Ia tidak mengganggu keupayaan kanak-kanak tersebut membina sistem daya tahan melawan penyakit ini. Untuk keterangan lanjut mengenai perkara ini, berjumpalah doktor anda.

Lazimnya, jika seseorang kanak-kanak itu diserang cacar air pada kali pertamanya ia akan mendapat imuniti atau daya tahan melawan penyakit ini sepanjang hayatnya.

Kanak-kanak jarang sekali mendapat serangan kali yang kedua. Jika ia berlakupun, ia hanya merupakan serangan yang ringan.

Pencegahan

Sejenis vaksin telahpun dijumpai untuk mencegah penyakit cacar air yang dipanggil Vaksin Virus Varicella zoster . Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 12 bulan ke atas, remaja dan orang dewasa yang belum lagi mendapat penyakit ini. Adalah penting untuk memberi imunisasi ini kepada remaja dan orang dewasa yang belum mendapat penyakit cacar air, kerana jika jangkitan ini berlaku di kalangan golongan tersebut keadaannya adalah lebih teruk.

Dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau anggota kesihatan mengenai perkara ini. Wanita hamil yang tidak pernah mendapat cacar air dan belum penah mendapat imunisasi perlu menjauhkan diri mereka dari jangkitan ini kerana ia boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan.

Penjagaan sendiri

• Matlamat utama penjagaan adalah untuk memberi keselesaan pada anak anda dan mengurangkan rasa gatal yang dialami. Jika tidak, anak itu akan menggaru keruping tersebut dan mendedahkannya kepada jangkitan cacar air seterusnya (sekunder) serta meninggalkan parut yang dalam.

• Galakkan anak anda supaya tidak menggaru keruping tersebut. Biarkan ia sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain.

• Mandikan anak anda dengan air sejuk tanpa menggunakan sabun setiap 3-4 jam sekali untuk 2-3 hari pertama jangkitan (15-20 minit setiap mandian). Lapkan hingga kering dan jangan menggosoknya.

• Rendam kain ke dalam air sejuk dan tuam di bahagian yang gatal.

• Sapu losyen Calamine untuk melegakan gatal-gatal buat sementara. Potong kuku anak anda untuk mengelakkan jangkitan disebabkan lepuh yang pecah. Menggaru ruam berkeruping itu akan meninggalkan parut yang kekal.

• Sarungkan tangan bayi anda dengan stokin kain kapas jika ia didapati menggaru kudis-kudis tersebut.

• Basuh tangannya 3 kali sehari dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan pada lepuh yang pecah.

• Tenteramkan anak anda dan pastikan ia tidak terasa panas. Kepanasan dan berpeluh akan menyebabkan kegatalan bertambah teruk. Jauhinya dari cahaya matahari kerana lebih banyak ruam cacar akan timbul pada kulit yang terdedah kepada matahari.

• Berjumpa doktor dan pegawai farmasi jika kegatalan bertambah teruk dan mengganggu tidurnya.

• Berikan anak anda parasetamol untuk melegakan demam.

• Berikan makanan yang lembut dan cecair sejuk jika terdapatnya kudis di dalam mulut. Jangan beri makanan bergaram atau buah oren kerana ini akan merengsa dan mengganggu kudis-kudis itu.

• Berikannya air garam suam untuk berkumur (1/4 sudu teh garam kepada 4 aun air) bagi melegakan gatal-gatal di dalam mulut.

• Tenteramkan anak anda bahawa ruam-ruam itu tidak serius dan pasti akan hilang dalam masa seminggu-dua.

Berjumpalah doktor jika....

Anak anda dijangkiti cacar air dan :

• Mengalami sakit kepala, muntah-muntah, sensitif kepada cahaya yang terang, sering mengantuk atau menjadi keliru. Ini mungkin merupakan tanda-tanda keradangan pada otak (ensefalitis).

• Mengalami masalah pernafasan dan mula batuk. Ini mungkin menunjukkan jangkitan pada paru-paru.

• Kulit menjadi sakit, hangat dan merah atau ruam cacar pecah dan berair. Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kulit yang serius.

• Demam melebihi 38.890C yang berakhir lebih dari 2 hari.

• Gatal-gatal yang teruk dan tidak hilang setelah diberi rawatan di rumah.

• Terdapatnya ruam cacar di dalam mata.

• Ruam masih wujud selepas 2 minggu. Ini mungkin bukan cacar air tetapi boleh jadi masalah kulit yang lain.

CTE : kalau teman2 ada petua2 yang baik, apa salahnya kongsi kat sini....

Wasallam

3 ulasan:

Dda Ly berkata...

musim ke dua pulak lah agaknye nih..ujung tahun lepas anak2 saye baru pas kene...setel4-4 orang..hihih :P

thanks ye sudi jengah umah saye td...:)

Tinta Emas berkata...

mungkin kot....kalau semua anak dah kena, barulah lega...lain kali tak kena lagi..

norinaomar berkata...

betulke kalau ada yang kata dah kena chickenpox seumur hidup sekali je..musykil jugak tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...