Khamis, Mac 03, 2011

:: Contest : Family Sedondon ::

Kali ni, saya macam berminat pulak nak masuk contest ni....Inilah family saya...

Gambar ni diambil pada tahun lepas. masa ni saya berhari raya di rumah mak mentua saya di Machang Kelantan. Mula-mula ingat nak bwarna sedondon sahaja iaitu coklat keemasan.

Mula-mula kami sudah pilih kain untuk dibuat baju raya di pasar mini kelantan di Kota Tinggi, Johor. Anak-anak mencari pilihan masing-masing..corak boleh pelbagai tapi warna mesti sama..

Tapi bila sebulan sebelum raya, suami saya lihat macam tak sama sahaja...terus saya berhenti menjahit dan lari ke Jakel, JB cari kain yang sama...tapi masih jugak tak jumpa..last-last, saya pergi kedai kain depan Jekal dan saya jumpa corak kain yang saya suka...namun saya cuma dapat beli 13 meter sahaja...tak cukup!!!

Akhirnya saya jugak yang kena berkorban...anak-anak pakai baju corak yang sama... dan saya terpaksa memakai baju corak yang sama tetapi kain pula guna kain kosong warna yang sama ... tak apalah, asalkan anak-anak gembira sudahlah....Untuk menyiapkan baju-baju nie saya ambil masa seminggu sahaja...penat betul...ini semua gara-gara, suami nak balik beraya kat kelantan seminggu sebelum raya....

Apa-apa pun..Ini memang gambar yang cantik bagi kami sekelurga untuk tahun 2010..sekarang saya sedang mencari-cari warna yang sesuai untuk tahun ini pula..

Sesiapa yang nak join contest ni berkunjunglah ke blog pieceofemmie.blogspot.com tarikh tutupnya ialah 15hb Mac 2011.

Wasallam

6 ulasan:

Mak Su berkata...

slamat berjaya :)

maksu tak pernah bersedondon ngan family... tak pernah terfikir, hi hi hi

whitecappuccino berkata...

memang sedondon. cantik!

teratai berkata...

salam cgu cte,

cantiknya, baju raya thn ni warna apa pula?semoga menang dlm GA ni ya!

teratai berkata...

salam cgu cte,

wah cantiknya..thn ni tema warna apa pula ya?semoga menang GA ni..

Tinta Emas berkata...

Ni percubaan pertama...kebetulan ada gambar baju sedondon..

selalunya payah nak masuk contest sbb banyak contest tak sesuai dengan jiwa...

emmiemarja berkata...

assalam... jenguk entry cikgu CTE... tengkiu ye..join contest...;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...