Rabu, Mac 09, 2011

denda yang semakin dilupakan

Seorang wanita muda dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar lampu merah. Wanita itu memberitahu hakim bahawa dia adalah seorang guru. Jadi cepatlah sedikit kesnya itu supaya dia boleh segera kembali ke kelas..

"Baik, Tak ada masalah...." Kata Hakim

"Dah bertahun-tahun saya tunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini."

"Sebagai hukumannya, sekarang awak duduk di meja itu dan tulis 'SAYA TIDAK AKAN MELANGGAR LAMPU MERAH LAGI' sebanyak 1000 kali, faham??"

( rasa-rasanya, hakim ni memang nak balas dendam dengan cikgu ni sebab masa dia kecil2, dia kena denda dengan tulis 1000 kali jugak)

**********************************************************

Anda pernah kena denda macam gini??

Dahulu, semasa saya bersekolah rendah di SK LKTP Air Tawar 5, cikgu yang mengajar saya sangat gemar mendenda murid-muridnya dengan cara yang sebegini...

contohnya :-

SAYA PELAJAR YANG BAIK

SAYA PELAJAR YANG BAIK

SAYA PELAJAR YANG BAIK

.

.
.
.
.

.

SAYA PELAJAR YANG BAIK (1000 KALI )

mesti penat gila tangan pelajar nie...

Tetapi bila saya sudah memasuki zaman sekolah menengah, situasi ini sudah jarang kita lihat...

Cuba lihat buku latihan anak-anak anda...adakah cikgu-cikgu sekarang mendenda anak anda dengan mengarahkan mereka membuat pembetulan satu mukasurat penuh?

Cikgu sekarang sebenarnya sangatlah kasihan dengan anak-abak murid mereka sehingga tidak mahu mendenda mereka dengan kerja2 yang berat..

Walhal apa yang guru-guru buat itu adalah untuk kebaikan semua pelajarnya...contohnya, tulisan mereka juga semakin cantik...mereka juga tidak akan membuat kesalahan yang sama lagi.....dan macam-macam lagi...

Saya rasa hendak mendenda pelajar-pelajar sayalah dengan denda menulis 1000 perkataan lah....TAPI

anda rasa sesuai ke denda ini diaplikasikan pada zaman ini???..

kejam kah saya nie???

bolehkah denda sebegini akan menyebabkan pelajar tidak akan melakukan kesalahan yang sama lagi???

adakah pelajar akan membuatnya???

adakah ibu bapa mereka akan memarahi guru-guru???

dan lagi....

dan lagi....

dan lagi...

emmm, letihlah mengandaikannya....

so tunggulah masa yang sesuai...saya kan menggunakan denda ini...

Wasallam

13 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

salam singgah..saya rasa masih blh lagi akak pakai denda tu sebagai denda kepada murid2..cuma masalahnya..pelajar2 zaman sakng sangat tidak menghormati guru2 mereka..apa yang kita suruh buat.dorang buat derk je

Tinta Emas berkata...

tulah...pelajar sekarang mmg tak hormat guru...

Nabila Wahab berkata...

saya pun pernah kena denda begitu dulu.. siap kena sembunyi2 takut mak nampak masa buat denda tu..

tapi sekarang zaman berubah.. saya tak rasa pelajar sekarang akan mengikut arahan begitu..

A.s.t.i.n.a berkata...

Zaman sudah berubah cikgu.. saya sangat salute kepada Cikgu Cte, Cikgu Fikri, Cikgu Dya dan Cikgu Astina (abaikan yg ini) kerana menjadi Cikgu pada zaman ini.. ia sangat mencabar.. Go Cikgu! Go Cikgu!


dulu kite satu kelas pernah kena jemur kat padang sejam.. memang sgt kesian tapi kite baik, kite ikut jer.. dan kite tak bgtau mak walaupun muke kite merah2 terbakar (eh Astine, apsal 'kite'2 nehhh)

p/s: Cikgu boleh tak kalau dinyahupayakan penyederhanaan ulasan? Saya buntu disebabkan oleh maxis yang perlahan.


(bahasa bukan cikgu ialah disablekan verification pada setting comment)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

As salam,boleh guna pakai juga tuu..

Dda Ly berkata...

zaman skang dah terbalik kan? bukan budak takut cikgu denda..cikgu plak takut nak denda budak..sbb nnt mak bapak dtg komplen or saman..huhu cane laa budak2 skang tak naik minyak? adoi!

meh ke rumah..
~kekasih hati chinta jiwa~
keep in touch ye..♥♥♥

Tinta Emas berkata...

imnabila:

saya pun rasa pelajar sekarang tak akan buat denda ni...

nak buat latihan pun tak mahu!

Tinta Emas berkata...

Astina:

saya pun selalu kena denda masa sekolah dulu...

masa tingkatan 6, saya kena denda berdiri atas kerusi..

p/s..saya dah setting semula...tak perlu nak belajar mengeja lagi..

Tinta Emas berkata...

BSB...rasanya memang nak pakai jugak tapi dalam pembetulan ejaan sahaja.. karangan BM

Tinta Emas berkata...

Dda Ly:

betul2... sikit2 komplin...kdg2 geram jugak kat parent nie...

Unknown berkata...

cikgu..

lawak lah etry hari nie

wah, sekolah kat air tawar 5..sah kenal pakcik dan makcik en zalie..ehheheh

Tinta Emas berkata...

mungkin kenal kot ayu...

mrs kayrul berkata...

dulu2 mesti kena denda gak wat macam nie...zaman sekarang tak tau la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...