Ahad, Mac 06, 2011

Histeria : Janganlah Berulang Lagi...

Peristiwa ini berlaku pada tahun 2009 yang lalu dan peristiwa yang memang saya tak akan dapat lupakan seumur hidup saya.. Peristiwa ini benar-benar telah merubah kehidupan saya sehari-hari..( maaf saya tidak dapat ceritakan di sini sebab terlalu peribadi )..

Apa yang boleh saya kongsikan di sini adalah salah satu keratan akhbar yang saya temui pagi tadi semasa saya ingin mencari laman web sekolah saya.

************************************************************

20 pelajar SMK Taman Daya 2 histeria

Seramai 20 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya 2 di Taman Daya, di sini hari ini diserang histeria setelah kejadian sama berlaku ke atas 40 pelajar sekoah itu Rabu lalu.

Malah serangan histeria turut berlaku beberapa kali sejak April lalu di sekolah dua sesi yang mempunyai 1,300 pelajar itu.

Pengarah Pelajaran Johor, Sufa'at Tumin berkata, keadaan adalah terkawal dan kesemua pelajar yang diserang histeria telah dipulihkan dengan bantuan guru-guru agama sekolah dan seorang lelaki yang berkebolehan memulihkan serangan tersebut.

"Seorang lelaki yang berkebolehan dari Kampung Majidee di sini telah sudi membantu dan dengan izin Allah, para pelajar itu berjaya dipulihkan dan dibawa pulang oleh ahli keluarga masing-masing".

"Pelajar-pelajar dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana pihak sekolah telah mengambil langkah yang perlu seperti mengadakan majlis bacaan Yasin di sekolah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian itu bermula pukul 10 pagi di sebuah kelas yang menempatkan pelajar tingkatan empat di tingkat empat di salah sebuah bangunan di sekolah berkenan.

Sufa'at berkata, kebanyakan yang diserang histeria terdiri daripada pelajar perempuan yang mendakwa melihat sesuatu yang menakutkan.

Katanya, para pelajar yang diserang histeria itu telah dibenarkan bercuti sehingga keadaan mereka kembali stabil.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan kejadian sama berlaku pada Rabu lalu melibatkan 40 pelajar, kebanyakannya pelajar perempuan.

Beliau juga dimaklumkan bahawa kejaian histeria itu berlaku beberapa kali sejak April lalu selepas sekumpulan pelajar sekolah berkenaan pulang dari menyertai satu pertandingan tarian yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Kulaijaya.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia yang membuat tinjauan tidak dibenarkan memasuki pekarangan sekolah dan beberapa ibu bapa yang ditemui menyatakan anak mereka ada memberitahu mengenai serangan histeria itu, namun telah dimaklumkan oleh pihak sekolah untuk tidak memberi kenyataan kepada media.

Seorang lelaki yang enggan dikenali mendakwa, anak saudara perempuannya berusia 15 tahun turut diserang histeria.

Menurutnya, anak saudaranya itu mendakwa ternampak kelibat seorang wanita yang menakutkan ditingkat empat sekolah tersebut.

Sumber : portal pendidikan utusan

********************************************************

Kesan daripada peristiwa ini beberapa orang pelajar yang terlibat telah berpindah ke sekolah-sekolah yang berdekatan, terdapat juga guru-guru yang terlibat sama berpindah sekolah, apa sahaja bentuk tarian di sekolah ini tidak dibenarkan sehinggalah ke hari ini dan semua pelajar takut hendak pergi ke tandas..

Tetapi sekarang masih terdapat lagi kejadian-kejadian histeria berlaku namun masih boleh dikawal.

Memang betul-betul memberi impak besar dalam diri saya..

Nukilan:-

6 ulasan:

A.s.t.i.n.a berkata...

Takut kan Cikgu... daripada zaman dulu pun memang selalu kes histeria ni...

Ce'gu JAERA berkata...

zaman berzaman kes histeria di kalangan pelajar selalu terjadi..
salam ukhuwah cikgu. Dah ollow blog cikgu juga. thanx ya

Unknown berkata...

seramnya kalau ada sahabat yang histeria..

mata, wajah..dah lain macam...minta jauhkan kalau kena kat family dan sahabat ayu

mmg ayu tak tahu nak buat mcmana???

sarah-najwan berkata...

itulah..makhluk halus ni ada di mana2 shj..ada pelajar nmpk dgn mata kasar..ada yg x..

kita harus beringat2lah..saya pom xnak jadi insan terpilih yg nmpk mereka..takuttttt!!!

salam kenal jugak..

Siti Safiyyah berkata...

ish takut lak bace..mintak dijauhkanlah kita dari gangguan macam tu kan?


psstt : meh klik meh :)

Unknown berkata...

Makhluk halus ni senang ganggu orang yg lemah semangat. sebab tu orang perempuan yg selalu diganggu.

Entry terbaru padlie: Darah... Takutnye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...