Agaknya mereka bangga sesangat kerna dpt mencipta sejarah dan mendapat liputan meluas dari akhbar...kadang2 kita pun tak boleh salahkan ibu bapa mereka...mungkin ibu bapa mereka sudah berhabis fikir macam mana nak mengubah sikap anak-anak mereka ..namun dek pengaruh kawan yang sungguh kuat maka jadi cerita macam di bawah nie...
<
Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran.
Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran. “Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya.
Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi kejadian.
“Dalam kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku kira-kira 10 minit kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan kira-kira 20 meter dari lokasi letupan pertama yang berlaku dalam sebuah bilik darjah kosong di blok berlainan,” katanya.
Sumber itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa melihat cebisan kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang masih berasap di atas bangunan berkenaan.
Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah menghubungi polis dan lima anggota dari Balai Polis Setapak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.
“Anggota polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun gagal mengesan suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula letupan ketiga pada kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa melihat dua pelajar lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa meninggalkan sekolah dengan menggunakan motosikal yang diletakkan di luar sekolah.
Sehubungan itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu.
“Siasatan awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan motif sebenar masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa mengenai motif sebenar insiden berkenaan.
“Jika hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan, tindakan tegas akan diambil,” katanya.
Wasallam
8 ulasan:
Masih kurang ajar meski sudah diajar berkali-kali...
betul2...meskipun dah berkali2 didenda dn dihukum...mereka ttp buat salah jugak!
entah apa-apa budak2 zaman sekarang kan. salah sendiri takmo terima. emo lebih. ish
psstt : Elok ke merendah diri sangat ni?
siti safiyyah:
bebudak sekarang mmg ikut emo mrk shja...tak fikir emo ibu bapa mrk..
astaghfirullah..nipisnya pertimbangan..ceteknya akal..memang cari susah ni
Kalamhati:
terima kasih singgah sini...
memang mrk cari susuah kali ini...kesian kat ibu bapa mereka...
terkejut jgk baca entry nih..tak sgka betul..pelajr2 skg makin berani tuk melakukan jenayah...klu ikut teori mereka dlm kalangan devian ( perangai luar dari norma masyrakat)..tpi yg pasti mereka dari devian yg mmpunyai IQ yg tinggi dan pintar....sbb mereka mencipta bom tersebut...mmg hebat..tapi disalah gunakan..klu mengikut statistik 2008..pelajar lelaki 37% membw pisau ke sekolah kerana tuk bergaduh or prthankan diri. pelajr perempuan 27%..kesimpulannya...pelajar skrg lebih mudah mengikut emosi dari akal fkiran....kerana terpengaruh dgn persekitaran dan sosial masyarakat...dan ibu bapa adalah sampingannya..ini termasuk dlm institusi kekeluargaan..
(p/s: fuh begitu panjg huraiannya..hehehe....sem nih angah belajar mengenai sifat devian dlm klgn masyrakt...dan psikologi remaja)
Budak coklat:
bagus2...muda2 lagi dah belajar psikology...
Catat Ulasan