Selasa, Mac 08, 2011

Jelajah Blog Kategori IBU

Sebenarnya ini kali ketiga, saya join segment encik Ben ini... banyak segment2 en ben tu tapi saya rasa segmen ini sahaja yang bersesuaian dengan diri saya dan jiwa saya...saya rasa ramai ibu-ibu diluar sana mahu join segment dari encik nie namun sagmen yang dianjurkannya otai so mereka hanya tunggu dan lihat sahaja... akhirnya encik ben ini memahami jiwa kami jua.....

CERITAKAN SECARA RINGKAS MENGENAI ANDA

Saya seorang ibu kepada 5 orang anak iaitu empat orang anak dara dan seorang sahaja anak teruna. Yang sulung Nurul Adhwa merupakan anak yang tegas mungkin sebab anak yang tua, anak kedua yang suka melawa sahaja iaitu Nurul Afiqah, anak ke tiga yang pandai menjaga adik-adik Nurul Aqilah, anak lelaki tunggal selepas berehat selama 6 tahun mencari-cari resepi untuk mendapatkan anak lelaki Amirul Asyraf dan anak yang bongsu si kecil comel lote Nurul Awadah...

Selain seorang ibu, saya juga ramai anak-anak yang lain.. iaitu anak-anak murid di sekolah...

lebih special saya perlu memberi perhatian kepada 37 anak orang lain lagi ( guru kelas ) yang umur mereka sama dan berlainan bangsa serta agama...( kira-kira 1 Malaysia )

APAKAH KENANGAN MANIS ANDA SEWAKTU BERGELAR IBU

Terlalu banyak kenangan manis...sebab dah bersalin sampai 5 kali... maksudnya 5 kali kenangan manis di hospital...Paling manis bila pertama kali melihat muka anak yang baru dilahirkan....comelllllnyaaaaa....

hilang terus sakit yang baru dilalui sebentar tadi...

Termanis sekali ialah bila melihat jantina anak yang bakal dilahirkan melalui mesin pengimbas baby....nampak jantina anak lelaki.... selama ini scan, selalunya doktor cakap tak nampak ataupun terus cakap perempuan... Tapi kali ini..alhamdulillah...tercapai jua hajat kami suami isteri mendapatkan anak lelaki...masa tu macam tak percaya sahaja...

KENANGAN PAHIT?

Rasanya tiada kenangan pahit...cuma layanan misi-misi kat hospital je tulah.... masa anak pertama, Adhwa dilahirkan, saya kena marah dengan misi...tapi saya buat dek jee...lantaklah diorang nak marah saya...masa tu saya dah tak dengar apa yang diorang bebelkan yang saya tahu layan sakit saya sahaja....

KATA-KATA KHAS BUAT SI SUAMI

Suamiku, encik Yusran.....jangan lupakan isterimu ini serta anak2mu di kejauhan ini...hargailah pengorbanan yang telah isterimu lakukan ini..sebenarnya banyak lagi yang ingin dikatakan disini, namun malu pulak...oleh itu terpaksalah dirahsiakan perasaan yang mendalam ini...yang pasti saya seperti para ibu2 yang lain mempunyai perasaan yang sama..yealah dah hati tu sama-sama perempuan...jadi faham2 ajelah apa yang isteri mahukan dari suami yang tercinta...

JIKA ADA ANAK. APAKAH NASIHAT ANDA KEPADANYA DAN JUGA BUAT ANAK-ANAK YANG BERADA DI LUAR SANA...

Jangan derhaka kepada ibu bapa...Jangan sampai ibu menitiskan air mata kerana karenah anak-anak...apa yang dilakukan seorang ibu kepada anak-anak semua itu adalah untuk kebaikan anak-anak juga.. Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anak mereka. Ibu haiwan pun sayangkan anak-anak mereka , inikan pula manusia...

APAKAH HARAPAN ANDA KEPADA ANAK ANDA....

Anak-anakku, fahamilah emak....kadang emak penat mencari rezeki tanpa mengira waktu...semua ini adalah untuk kepentingan kita semua...

Bukan maksud emak untuk mengongkong hidup kamu semua..tapi apa yang mak buat ni adalah untuk masa depan kamu semua...

emak tak mahu hidup kamu akan musnah di masa depan. sebab itulah emak sering sangat membebel dan mengulang-gulang nasihat kepada kamu semua supaya belajar bersungguh-sungguh...

Apa yang mak buat ni adalah untuk kejayaan kamu di masa hadapan..

emak amat sayangkan anak-anak mak ini!

NASIHAT BUAT SI GADIS DI LUAR SANA

Untuk gadis-gadis di luar sana... kawallah segala perlakuan kita baik di luar atau di dalam rumah...tutur kata juga mestilah dijaga..

Kita adalah orang melayu dan beragama islam...kita ada adat yang perlu diikuti...janganlah kerana nafsu dunia, kita tinggalkan adat-adat ketimuran...

Dengarlah pesanan ibu bapa anda!!!

Ibu.....Ibu.....engkaulah ratuhatiku.......

Wasallam

17 ulasan:

Unknown berkata...

cikgu CTE--
menitis airmata bila baca segmen yang ben buat nie

5 anak 4perempuan. seorang lelaki..sama macam family ayu..tapi kehadiran adik bungsu yang ke 5 lelaki.

terus mengembalikan seri rumahtangga kami. ayah terus bertenaga menjalanka kehidupan dengan kami..
alhamdullilah..

Tinta Emas berkata...

betullah ayu...sekarang ni saya pun hairan ...kenapa susah sgt nak dapt anak lelaki...jiran2 sebelah rumah ni pun semua perempuan....

Nurul Nadia berkata...

assalamualaikum kepada semua mommy malam ni.Semoga berada dalam peliharaan ALLAH selalu.Doaku agar penat lelah kita sebagai ibu diberkati Allah.Amin :)

Tinta Emas berkata...

betullah cik dya...mudah2an doa kita dimakbulkan...Insya Allah

Mak Su berkata...

sy sokong bab nasihat utk anak2 tu

mas saari berkata...

singgah dari segmen BA
semoga menjadi ibu yang tabah dan sabar dlm mendidik anak2...

setuju dgn cikgu CTE;
anak2 skrg ni mmg perlu diberi nasihat yg sama tiap2 hari..

Unknown berkata...

As Salam...

salam kenal dari blog Ben....sya pun baru je dapat anak lelaki kak slps m'dapat 2 org puteri..berehat selama 4 tahun & alhamdulillah dapat juga rezeki sya anak lelaki...

Unknown berkata...

As Salam...

Salam kenal dr blog Ben....;)

ariana berkata...

Akak ni pun semua anak perempuan, siapa yang tak teringin anak lelaki, tapi semuanya dah ditentukan Allah..Bersyukur je lah dan didik anak2 dara tu sebaik mungkin..ada insan lain yang lebih malang, tanpa kehadiran satu pun zuriat..Cikgu Ct ada juga sorang teruna yek..:)

ayeesha anna berkata...

salam kenal. Tahniah menjadi isteri dan ibu. Dtg dari segmen ben

http://diarialeesya.blogspot.com/

aizamia3 berkata...

rasa seronok bila tengok ibu2 diluar sana ada lebih dari 2 orang anak. rasa cemburu menyelinap tapi belum bersedia dengan komitmen kerja dan urusan seharian berseorangan menguruskan anak2 (suami outstation)... mungkin satu hari nanti...

singgah ziarah buat laluan trafik dari blog abg ben...

Nabila Wahab berkata...

hye2..
singgah dr blog abg ben..

nice blog !
follow awk ~
keep blogging tau ~ :)

PinKy MoMMa berkata...

pinky momma dtg sini melawat dr blog abg ben..and terus folo cikgu =)

kak..kite nak anak gegirl..huhu
dua2 pun skang ni atomen..

jemput sggah blog pinky..
more make up & shawl tuto at my side bar..

jom cantik2 cikgu =)

mrs kayrul berkata...

Salam kenal cikgu...singgah dari blog ben...


cikgu seorang yang hebat kerana dapat melayan macam2 kerenah anak2 murid yang pelbagai kaum

Tinta Emas berkata...

terima kasih semua kerana mengunjungi blog saya yang tidak seberapa nie...

! Diari-Selebriti-Mama ! berkata...

ziarah lagi cikgu cte..")
terharu baca pesanan emak pada anak..

Rosmawani♥ berkata...

salam pkenalan.. datang dari blog abg ben :)
jom follow sy jgak, untuk smangat berblog n kongsi info ttg mommy..hehehe..
rizaros.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...