Isnin, Mac 14, 2011

Kesan Letupan Loji Nuklear..

Loji nuklear di Jepun meletup..

Bila loji tersebut meletup, Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga.. Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia akan memantau perkembangan kebocoran loji nuklear tersebut dan akan memberikan penjelasan mengenai kesannya kepada awam dalam memastikan langkah awal keselamatan dapat dilaksanakan.

Wakil kedutaan Malaysia di Jepun, berkata loji yang dilaporkan bocor itu terletak jauh dari tempat tinggal kebanyakan rakyat Malaysia dan keadaan setakat ini dilaporkan masih terkawal walaupun hubungan telekomunikasi serta jalan raya terputus.

Beliau berkata, pihak berkuasa Jepun sudah mengeluarkan amaran dengan tidak membenarkan rakyatnya menghampiri kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara tidak siingini berlaku.

Menteri tenaga, Teknologi Hijau dan Air, datuk Seri Peter Chin Fah Kui, sehubungan itu, meminta rakyat bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi kemungkinan radiasi akibat letupan tersebut akan merebak ke negara lain.

****************************************************************

Nak tau apa kesannya kepada manusia.....

bahan radioaktif daripada tenaga nuklear akan mengancam kesihatan manusia..

manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi

orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik

Generasi muda yang dilahirkan akan menghidap penyakit kanser..

anak yang dikandung akan cacat..

dan banyak lagi...

*******************************************************

yang terjadi kepada bandar ini selepas berlakunya kebocoran nuklear...

Bandar ini dahulunya adalah sebuah bandar besar tetapi sekarang telah ditinggalkan dan dikosongkan..

Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Seluruh alam sekitar telah tercemar dengan kesan radioaktif dan pada manusia pula walaupun sudah beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya. pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan pencemaran itu masih ada maka sehingga ke hari ini Bandar itu ditinggalkan tanpa berpenghuni. Seolah-olah seperti bandar berhantu, binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.

********************************************************

kenapa nuklear begitu penting walaupun bahaya??

penting untuk tenaga elektrik

menggantikan petroleum yang akan habis beberapa tahun lagi..

Dalam bidang perubatan, teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di hospital untuk melawan penyakit merbahaya seperti kanser,

Dalam bidang pertanian , teklogi ini berjaya menghasilkan anak pokok yang bermutu tinggi, enzim serta baja.

dalam bidang pembuatan, penggunaan teknologi nuklear membolehkan pengeluaran sarung tangan getah, resin dan sebagainya..

Tenaga nuklear turut memberikan sumbangan besar untuk menjaga persekitaran seperti dalam bidang marin dan pencemaran udara selain mengesan kebocoran atau paip tersembat dalam industi minyak dan gas..

**************************************************************

Natijah daripada kejadian ini ialah semakin maju sesebuah negara sebenarnya semakin bahaya kepada alam sekitar dan manusia...

Wasallam

11 ulasan:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

As salam,tq 4 the info cikgu.

ckLah @xiiinam berkata...

Sangat simpati dengan mangsa-mangsa....


Semoga kita yang tidak diuji sebegitu rupa, mengambil iktibar...

Unknown berkata...

info yang sangat jelas.....syabas cikgu berkongsi maklumat dgn kami..
walau ramai dah tahu..sekurangnya amat penting pada sahabat yang ingin tahu apa itu nuklear dan kesannya...

! Diari-Selebriti-Mama ! berkata...

bagus entri ni cte..saya suka! sgt infomatif.

makin maju makin bahaya kan.

Tinta Emas berkata...

BSB:
Apa sahaja yang perlu dikongssi, akan saya kongsikan.

ckLah:
saya pun bersimpati dengan mangsa-mangsa di Jepun tu walaupun berlainan agama..

Tinta Emas berkata...

Ayu:
sama-samalah kita berkongsi maklumat..

saya terkejut dengan pemergian arwah abahizz ke rahmatullah...

Diari selebriti mama:
sama-samalah kita berkongsi yea..

Kalamhati berkata...

perkongsian yg sgt bermanfaat..thanks!

kita sama2 doakan semoga mereka di sana selamat..

sekamar rindu berkata...

salam ,

kesan yang sangat buruk akibat letupan ini....

minta2 dijauhkan dari malapetaka ini..

A.s.t.i.n.a berkata...

AllahuAkbar.. semoga kita dilindungi...

-anidaothman- berkata...

nice n3 cikgu......simpati dengan rakyat jepun

Tinta Emas berkata...

samalah kita berdoa untuk kesejahteraan manusia di masa hadapan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...