Selasa, Mac 15, 2011

MENGAPA BEGITU RAPUHNYA IMAN...

Bila berbicara tentang iman ni, rasanya saya masih lagi tidak layak dek kerana saya masih merasakan betapa kurangnya ilmu didada...

Cuma saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya semasa saya belum menjadi seorang pendidik.

Selepas sahaja saya menghabiskan pengajian di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan, saya terus mencari pekerjaan di salah sebuah kilang di JB. Oleh kerana saya tidak mempunyai pengalaman, saya hanya memohon kerja sebagai kerani sahaja.

Tetapi pengalaman sebagai kerani tidak lah lama kerana selepas tiga bulan saya dinaikkan pangkat menjadi kerani Gred A. Kerjanya tetap sama cuma gajinya lebih besar sedikit.

Pegang jawatan kerani gred A tu pun tak lama..disebabkan saya ada kelulusan, akhirnya saya dinaikkan pangkat menjadi Pembantu Personalia. Antara tugas utama saya ialah untuk menemuduga pekerja-pekerja baru ( operator pengeluaran ).

Sewaktu temuduga inilah saya telah mengalami satu peristiwa yang memang saya tidak boleh lupakan

Pagi tu seperti biasa, syarikat bas yang selalu membawa pekerja di syarikat ini akan membawa calon-calon pekerja baru untuk ditemuduga..seperti biasa, sebelum ditemuduga, mereka dikehendaki untuk mengisi borang permohonan dahulu..

Bila saya ingin memulakan temuduga, saya lihat semua yang hadir pada hari tersebut adalah dalam kalangan orang India dan sedikit orang sabah serta sarawak..Orang melayu jarang hendak bekerja sebagai operator pengeluaran..dan seperti biasa saya meminta seorang demi seorang masuk ke bilik khas untuk ditemuduga..

Masuklah seorang perempuan muda berkulit putih persis orang cina, rambut dianyam seperti rambut orang india, dan memakai tanda di dahi...mungkin kacukan cina dan india..

Tetapi bila saya memulakan sesi temuduga dengan meminta kad pengenalan, saya terkejut kerana kad pengenalan perempuan tersebut adalah kad pengenalan orang melayu....orang islam... baru berumur 17 tahun..

Lalu saya pun bertanyakan beberapa soalan...

"Mengapa awak tukar status agama awak dalam borang nie? dari Islam ke Hinddu??"

"dalam proses untuk menukar agama..saya dah mohon dengan jabatan pendaftaran negara untuk menukar agama."

"boleh saya tanya..kenapa awak tukar agama?

"saya pun tak tau tapi saya dah kawin dengan orang lelaki india, sekarang saya duduk dengan keluarga dia"

"emak dan bapa awak kat mana?"

"duduk kota tinggi."

"mereka tak marah ke awak tukar agama? tak mengamuk ke? tak mengalirkan air mata ke?"

"diorang tak boleh buat buat apa-apa...diorang ada mengamuk jugak tapi diorang memang tak boleh cakap apa-apa..."

Setakat ni sahaja yang boleh saya tanya sebab saya tidak ada hak untuk menyoal lebih-lebih...jadi saya sambung dengan temuduga pekerjaan.. akhirnya saya terima dia bekerja menjadi operator pengeluaran.

Tetapi selepas tu saya terfikir...

Kenapa hal ini boleh terjadi???

kenapa begitu mudah budak perempuan tu menukar agama islam ke agama hindu???

Apa istimewanya agama Hinddu tu???

Adakah didikan salah daripada ibu bapa??

mengapa begitu rapuhnya iman budak perempuan tersebut..

siapa yang bersalah dalam soal ini??

Persoalan demi persoalan mengganggu saya..seharian hal ini membelenggu kehidupan saya...Adakah saya subahat ??? mengetahui bahawa ada orang islam yang memeluk agama lain namun saya tidak mengambil tindakan yang sewajarnya??? pada siapa saya nak memberitahu???

persoalan tersebut tetap jadi persoalan dalam diri saya sampai sekarang...rasa bersalah sangat...

namun budak perempuan ini tidak bekerja lama..lebih kurang sebulan dia sudah berhenti kerja. jadi saya dah terlambat untuk menyelamatkannya..

Apa yang saya perlu buat, jika suatu masa nanti saya menghadapi situasi yang sama???

Wasallam

5 ulasan:

padlie berkata...

Sepatutnya boleh report ni.

Anak-anak bawah 18 tahun masih dalam jagaan ibubapa. Dia tak boleh tukar agama tanpa persetujuan ibubapa. Dalam kes ni, masih ada masa untuk diselamatkan. Kita boleh guna undang-undang.

Kedua, dia adalah Melayu. Mengikut perlembagaan Malaysia, bangsa Melayu mesti
1. Beragama Islam
2. Menagamalkan adat dan budaya Melayu.

Mustahil kita boleh tukar bangsa. Jadi orang Melayu akan kekal Islam ikut perlembagaan

Supermoon: Yang patut kita tahu

Tinta Emas berkata...

padlie:
peristiwa nie dah 15 tahun dulu...
saya rasa akan timbul masalah kalau dia meninggal kelak..

sekamar rindu berkata...

salam...

sedih membaca entri ini...

sedih..

Tinta Emas berkata...

masa sekarang lagilah teruk agaknya..

Bidadari Syurga berkata...

kena tanya kenapa dia gagal menempatkan diri dia dalam kelompok lelaki melayu... kena tanya kiri kena tanya kanan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...