Jumaat, Mac 18, 2011

POTONG KUKU ANDA!!!!

Hari ni ada pemeriksaan kuku, para pelajar beratur mengikut barisan masing-masing,,,

Sesiapa yang berkuku panjang, silalah kehadapan!

Pengawas-pengawas, sila check kuku pelajar..kumpulkan d hadapan bagi pelajar yang berkuku panjang..

biasa dengar dialog di atas???

mestilah pernah kan...kalau sekolah yang ada dewan, sebelum keluar pintu utamanya, pelajar dikehendaki menunjukkan kuku kepada para pengawas yang berbaris...

Kalau yang tiada dewan, biasalah...masing2 nak menyelusup ke tandas...nak bersembunyi...takut kena potong kuku...

Kalau di sekolah saya, semasa perhimpunan rasmi hari isnin, kami biasa membuat spot check kuku...tapi biasanya saya akan membuat secara random je...iaitu masa pelajar sedang duduk bersila sambil mendengar pengetua atau guru-guru berucap...

kalau saya nampak sahaja..saya akan menyuruh pelajar tersebut beratur di bahagian pelajar-pelajar yang ada masalah disiplin...Kalau pelajar tersebut lelaki, selalunya saya akan panggil guru disiplin lelaki...selalunya pelajar lelaki ni tak boleh ditegur oleh guru wanita..

Bila dah dikumpulkan di satu tempat tu...Guru Penolong Kanan HEM akan mengeluarkan beberapa pemotong kuku ( pengetip kuku ) dan diserahkan pada pelajar untuk memotong kuku mereka.
Cikgu, saya datang bulanlah cikgu.....mana boleh potong kuku...
Itulah ayat yang biasa saya dengar bila saya mengarahkan para pelajar ni memotong kuku...
Dahulu, saya kalah dengan alasan tersebut...so saya pun menyuruh mereka masuk semula ke kelas masing-masing tetapi sekarang mereka tidak mempunyai alasan lagi bila saya sudah mempunyai bukti bahawa potong kuku pada masa haid adalah tidak haram...
Rujuklah di bawah nie...
********************************************************************

Apakah hukum memotong kuku dan rambut ketika haid?

Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini, maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah

Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi.

Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam.

Wallahu a’lam

*****************************************************

dahulu masa saya kecik2 juga telah didedahkan dengan tidak boleh potong kuku atau potong rambut masa datang haid....saya pun tak pasti siapa yang cakap ni...tapi kalau tanya emak ..emak saya pun akan cakap mcam gitu jugak...tanya cikgu mengaji, dia pun cakap macam gitu jugak...tak boleh potong kuku dan potong rambut......

saya pun jadi takut pulak...kalau saya potong juga , dosa ke???

tapi saya nak potong jugak...saya pun kumpulkanlah dalam kertas kuku-kuku yang sudah dipotong atau rambut-rambut yang terpotong masa saya dalam haid....

kelakarnya, bila saya nak mandi wajib, saya pun bawak bungkusan tersebut dan saya mandikan sekali.....

Ada ke anda buat macam gitu jugak...???

10 ulasan:

Ce'gu JAERA berkata...

hehehe... macam tu lah saya dengar2 jugak. kalau kami yang lelaki kan, dilarang keras potong kuku atau potong rambut jika belum mandi wajib.. hihihi...
Thanx atas info ini. baru plak saya tau.

Tinta Emas berkata...

ye ke??? tak tau pulak ...

whitecappuccino berkata...

memang macam tu la dulu..tapi lama lepas tu baru tau.

Bidadari Syurga berkata...

heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

SK eBusiness berkata...

Kitaorang plak time sekolah dulu memang sengaja bela kuku... hahaha tak tau lah kenapa... suka cari pasal kot hihihi

Cik Nuyu berkata...

yup.. masa sekolah rendah.. sy buat cam tue gak.. after masuk sekolah menengah, ada seorang ustazah dah gtau dah...

Unknown berkata...

salam perkenalan..trima kasih pasal info tentang kuku...tie x boleh nak bukak chatbox cikgu la ..pasal potato spiral tu tie x guna mesin pun tie ada tgk dalam youtube je cara2 nak buat tu tapi td tie cuba cari x dpt pulak x pa nanti bial tie jumpa link tu tie akan letak link tu kat cikgu yer daaa
tie pun dah folloe kat sini..daaa

Mutiara Bernilai berkata...

salam tengahari cikgu! :)


huhu, jd rindu pulak dgn zaman skolah rendah dlu..asek ade inspection kuku :P

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

as salam, tq 4 info, pernah gak dengar org ckp macam tue..tapi kadang2 lupa ler pulak terpotong gak.

Unknown berkata...

ziarah sini...baru pulang dari kampung terus bertanya khabar kawan-kawan


ckguCTE
semoga apa2 ilmiah dan yang baik2 kita kongsi bersama2...
lagilah amalan sunat.......
terima kasih yer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...