Siapa yang tidak pernah stress???
stress kat tempat kerja....stress nak ujian, stress nak belajar, stress nak mengajar dan macam-macam lagi...
saya sendiri pun pernah stress juga....banyak kali pulak tu....masa zaman persekolahan dulu2, saya stress nak belajar..takut kena marah dengan bapa saya yang sememangnya garang sangat sehingga saya sendiri takut nak tunjukkan buku rekod saya kalau ada warna merah...pernah dulu, buku penyata saya tu dilemparkan ke luar sbb ada satu merah iaitu matematik...
Semasa belajar kat universiti pula, saya stress jugak...hidup sorang-sorang sahaja...duit tak ada...komputer tak ada...yang ada mesin taip aje....nak keluar ke bandar pun takut...kalau gagal exam lagilah malu dengan kawan2 kat kolej...macam-macam lagi....
sekarang dah kerja, lagilah stress....semakin banyak kerja...bukan menangani seorang pelajar sahaja tapi ramai pelajar...kerja pekeranian tu melambak-lambak..kadang-kadang sampai tak terkejar...
Tapi saya cukup kasihan , jika terdapat pelajar yang stress...kalau mereka stress, kadang-kadang boleh meracau...macam orang gila...Teringat saya sewaktu kami guru-guru membuat kursus di hospital tampoi ( sakit mental ) . selepas kursus, kami membuat lawatan ...saya terlihat seorang budak lelaki termenung ditepi tingkap yang seperti penjara tu...kasihan dengan budak lelaki tersebut...dengar cerita SPM dapat 9 A tapi lepas tu jadi gila...
Kasihan juga dengan pelajar-pelajar kat sekolah yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM...mesti mereka stress kan??? ..masa nilah hati mereka tak tenang, semangat mereka juga akan kucar kacir...mereka perlukan kita sebagai pendidik dan ibu bapa untuk menyokong mereka...tapi bagaimana kalau ibu bapa mereka bercerai???...
********************************************************
Cara Menangani stress belajar.....
1. Perasaan Seronok belajar
Sekiranya kita mampu menjadikan diri kita seronok untuk belajar dan diajar, kita tidak akan terasa stress. Ini kerana kita sentiasa seronok untuk hadir ke kelas setiap hari, dan dapat memberikan tumpuan semasa belajar.Perasaan seronok belajar pula boleh didapati daripada banyak cabang, yang paling utama adalah diri kita, kemudian guru, kawan-kawan dan persekitaran. Niatkanlah bahawa kita ikhlas belajar ingin mendapat ilmu, serta jangan terlalu serius sehingga menekan diri.
2. Menjaga Masa
Kelemahan menjaga masa boleh menyebabkan kita stress. Apatah lagi sekiranya kita terlibat dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum. Kita terasa perlukan masa lebih daripada 24 jam. Bagaimana nak hadiri mesyuarat, menyiapkan tugasan serta pelbagai lagi tugasan. Rasa-rasa kiri kanan belakang depan semua nakkan masa kita.Namun begitu sekiranya kita fikirkan masa tak cukup, kita akan semakin stress. Jadi carilah masa, aturlah masa kita sebaik-baiknya. Bagi saya semakin banyak tugas yang perlu disempurnakan, kita akan lebih berdisiplin dalam menjaga masa.
3. Pandangan Positif terhadap Guru
Pastikan kita menerima kekurangan dan kelebihan guru. Ini adalah penting agar kita cuma memiliki pandangan positif kepada orang yang memberi ilmu kepada kita.Selagi kita positif kepada guru, segala ilmu yang diajar akan senang meresap masuk ke dalam hati kita. Ini dapat mengelakkan kita merasa tertekan, serta hormati mereka sebagai orang yang lebih tahu daripada kita.
4. Jangan fikirkan masalah lain
Kadang-kadang kita memikirkan permasalahan diluar kawalan kita. Masalah keluarga, adik-beradik, kawan-kawan serta pelbagai lagi masalah. Semakin kita fikir, kita makin tertekan, ada yang berfikir sehingga ia memakan diri sendiri.Ada orang yang mengira ia sebagai tanda simpati kita kepada mereka. Sebenarnya jika kita kurang memikirkan perkara diluar kawalan kita, kita akan lebih tenang dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kita kepada pelajaran
Apa yang perlu kita lakukan ialah mencari penyelesaiannya. Sebagai contoh kita miskin, tidak mempunyai cukup duit untuk makan, kita boleh berkongsi makan dengan kawan-kawan yang senasib kita.
5. Fokuskan keinginan diri.
Pastikan kita fokuskan apa yang ingin kita capai dalam hidup ini, serta berusaha untuk mencapainya. Sentiasa motivasikan diri sendiri dengan mengambil pelajaran daripada kesusahan orang lain.Ingat selalu hadis Rasulullah; "Lihatlah orang yang dibawah dari kamu, dan jangan melihat orang yang diatas dari kamu" .
Sekiranya kita berfikiran begini, kita akan berasa bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ia dapat mengelakkan diri daripada stress, kerana sekiranya kita asyik melihat orang yang lebih dari kita, kita akan kurang bersyukur. Hati akan terasa tidak cukup dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.Semakin banyak kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah, DIA akan melipatgandakan kurniaan-NYA kepada kita
6. Belajar Berkumpulan
Belajarlah secara berkumpulan, ia lebih baik daripada sendirian. Kawan-kawan boleh memberi keceriaan kepada kita, malah mampu membetulkan kesilapan kita.Percayalah bila kita berada dalam kumpulan kita akan lebih mantap dan kuat. Kadang-kadang kita terasa malas untuk menyiapkan tugasan kita, tapi bila ada kawan belajar bersama-sama kita akan menyiapkannya lebih cepat.
7. Mengajar kawan-kawan
Pengalaman mengajar kawan-kawan juga sangat membantu saya. Ini kerana sesiapa yang ingin mengajar perlu menyiapkan diri, mengulangkaji, membuat ringkasan tajuk serta pelbagai lagi perkara positif. Ikatan ukhwah terlalu rapat, malah ada yang mampu menarik kawan-kawan lain turut belajar bersama.Malah setiap kali mengajar, Allah bukakan hati kita untuk lebih memahami apa yang kita ajarkan. Memang sesiapa yang berkongsi ilmu tidak akan berkurang ilmunya, malah dilipatgandakan ilmu tersebut
8. Keredhaan Ayah Bonda dan keluarga
Bila kita ikhlas dalam setiap kerja kita, kita akan mampu meyakinkan ibubapa dan keluarga. Ini menambahkan keredhaan mereka kepada kita. Doa restu mereka juga dapat membantu memantapkan lagi usaha kita.Jadikan ibubapa kawan kita, dengan berkongsi pengalaman kita. Ini kerana mereka lebih tahu dan memahami siapa kita, anak yang dijaga semenjak kecil lagi
9. Doa dan Yakin
Berdoalah selalu selepas berusaha, moga Allah merahmati segala usaha kita. Kita juga perlu yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa-doa kita.Insya Allah keyakinan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada kekuasaan Allah, akan memberi keputusan positif kepada kita.
Sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis Qudsi: "Aku bersama sangkaan hamba-KU..."Selain itu terdapat pelbagai lagi cara menangani stress masa belajar, carilah teknik yang paling bersesuaian dengan kita dan amalkannya. Insya Allah dipermudahkan segala urusan kita.
*************************************************************
Ini pula kaedah menghadapi stress berlandaskan ajaran islam
1.menjaga solat fardu
Secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).
Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.
Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu
2. dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'
3. mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).
Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.
4. meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.
Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.
Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.
5. dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."
Jika diri kita telah bersungguh-sungguh
Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.
Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku." Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.
*******************************************
Cubalah mana yang anda rasa boleh untuk hilangkan stress.....semoga berjaya...
4 ulasan:
gud info!! nice entry!!
hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
sis kalau nak tahu blockquote sis boleh lihat di setengah entri amy ada.. Boleh lihat di penghujung entri amy ada uat blockquote.( note dalam kotak bercorak..
info yg bagus, pelajar patut amalkan ini!
info yg bagus, patut diamalkan:)
Catat Ulasan