
Sabtu, Januari 29, 2011
DEMAM LIMAU MANDARIN

Tahun Baru Cina bakal menjelma tidak lama lagi..
Semalam pagi, sekolah saya ada buat pertunjukan tarian naga untuk pelajar-pelajar cina sempena hari terakhir persekolahan sebelum mereka menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan . Saya dan guru-guru Islam pula duduk di surau kerana Panitia Agama Islam mahu melancarkan kempen Jom Khatam Al-Quran.
Alhamdulillah, semua program berjalan lancar...
Selesai sahaja program tersebut, saya naik ke bilik guru. Di atas meja tamu terdapat sekotak buah limau mandarin yang dibawa oleh seorang pelajar cina..Tidak pulak saya ketahui siapa yang memberinya..Tapi kalau dah di atas meja tu, memanglah untuk dimakan...so saya ambil lah 2 biji untuk mengalas perut sebelum masuk ke kelas 1 KAA..
Balik dari kelas sahaja, di atas meja saya pula sudah tersedia 2 biji buah limau mandarin yang dibungkus cantik bersama-sama 3 biji gula-gula dan coklat..Rupa-rupanya buah ini ditaja oleh Panitia Bahasa Cina.. Terima kasihlah sebab ingat dengan guru-guru beragama Islam juga..
Tidak lama kemudian, KEBIRU pula membawa 3 kotak lagi buah mandarin untuk semua guru-guru sesi pagi dan sesi petang..saya ambil sedikit untuk dibawa pulang...ramai juga cikgu yang menjamu limau tersebut di meja tamu bilik guru tu...Jangan sampai kembung sudahlah...
“Selamat Tahun Baru Cina, cikgu”..saya ditegus oleh 2 orang pelajar perempuan cina.
“Eh, sepatutnya saya yang ucapkan pada awak , bukan awak ucapkan pada saya...Selamat Tahun Baru Cina yea..” jawab saya.
“Cikgu, saya nak angpau...”pinta pelajar tersebut dalam nada gurau..
“Nasib baik saya bukan orang cina, kalau tidak saya kena kasi awak angpau...” balas saya dalam nada gurau juga...
Begitulah, para pelajar ni..tak kira perayaan apa pun..mesti mintak duit raya...walhal saya tak kenal pun pelajar cina tersebut...
Balik sekolah, saya terus pergi mengambil anak saya di Tadika Suria Bistari..Asyraf juga mendapat 2 biji buah limau mandarin...
Bila Afiqah balik dari sekolah, dia juga dapat 2 biji limau mandarin jugak..katanya kawan dia yang berbangsa cina beri...
Malam tu, anak-anak makan limau mandarin sahaja sampai bersepah-sepah biji limau dan kulitnya di hadapan tv...
Petang tadi, saya dan anak-anak pergi ke Tasco Tebrau. Di ruangan bawahnya terdapat demo jualan barangan penjagaan muka. Semua pekerjanya berbangsa cina..Saya lihat semua pengunjung yang berminat dijamu dengan buah limau juga...
Limau, limau, limau....
Tahun ini keadaan cuaca tidak menentu...buah limau mahal sekarang ni...dan buah limau pun tak begitu manis...kata cikgu cina di sekolah saya, buah limau sudah semakin berkurangan disebabkan musim yang tidak menentu di negara Cina..Musim salji dan cahaya matahari tidak mencukupi telah menyebabkan buah limau tidak manis dan masam...
Dalam masam- masam manis ni..ada juga khasihatnya..Diantaranya ialah limau ni mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran.
Selain itu juga, nilai kalsium yang tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahanan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.
Limau ini juga sangat sesuai bagi yang ingin berdiet...Serat tinggi yang larut dalam air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
Banyak jugalah kelebihannya kalau kita memakan limau ni..tapi jangan banyak makan sangat nanti jadi mudarat pulak...
p/s: Tahun lepas kerana terlalu banyak memakan buah limau, kami sekeluarga asyik batuk-batuk sahaja..

Pidato iblis dalam neraka...
Ingatkan manusia sahaja yang pandai berpidato, rupa-rupanya iblis pun ada pentas untuk dia berpidato kepada pengikut-pengikut setianya di neraka.
Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai ke neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar daripada api, dipakaikan pakaian daripada api, bermahkotakan daripada api dan diikat iblis dengan tali daripada api..
Iblis pun naik ke atas mimbar dan berpidato kepada penghuni neraka..
"Wahai para penghuni neraka! Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafik! Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kamu dengan janji yang benar dan bahawa kamu semua mati, akan dihalau dan dihisab untuk menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan lagi ke neraka ..."
Semua penghuni neraka mendengar segala ucapan iblis yang menjadi ketua mereka.
Iblis menyambung lagi..
"Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia selama-lamnya."
"Tidak! tidaklah ada bagiku kekuasaan ke atasmu melainkan aku hanya mengganggu dan memperdaya kamu semua dengan tipu muslihat. Akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu."
"Oleh itu, janganlah kamu mengumpat dan mencaci aku. sebaliknya umpatlah diri kamu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendirilah lebih berhak mengumpat daripada aku mengumpat."
Iblis terus berucap sambil menyoal kebodohan penghuni neraka. Sambil menempelak penghuni neraka, iblis mengakui Allahlah yang paling berkuasa menciptakan segala sesuatu..
"Mengapa kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan Dialah Allah yang menciptakan segala sesuatu?" soal iblis
Iblis mengakhiri pidatonya dengan berkata, "hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua daripada seksaan Allah dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku telah terlepas daripada daripada apa yang telah aku katakan kepada kamu dahulu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari hadrat Tuhan, seru sekelian alam."
Setelah itu, iblis pun dipukul oleh malaikat Zabaniah dengan tombak daripada api dan jatuh ke neraka paling bawah. Kekal iblis di situ bersama-sama dengan pengikut-pengikut setianya iaitu manusia...

P/s: Saya ambil petikan ini dari majalah MASTIKA April 2009 yang bertajuk " Hari ini iblis tidak dapat menyelamatkan kamu!"
Ditaip semula oleh:-

Jumaat, Januari 28, 2011
Berilah saya ruang....
Dah 2 hari saya tidak mencatatkan tinta saya di ruangan ini..Terlalu banyak kekangan-kekangan yang menghalang saya daripada terus berkarya di sini...
Kerjaya sebagai seorang guru dan suri rumah tangga pada malam hari agak membataskan saya untuk menulis..
Lebih-lebih lagi di awal bulan ini, terlalu banyak kerja pengurusan yang perlu dilakukan.. Antara tugasan yang telah diamanahkan kepada saya ialah:-
a) Guru Jadual waktu - Saya menjadi guru penggubal jadual waktu untuk sesi pagi....Jadi orang bercuti, saya sudah sibuk membuat jadual pada hujung bulan 12..mesti siap sebelum sesi persekolahan dibuka...Terlalu banyak cabaran....kena tahan karenah guru-guru...
b) Guru Tingakatan - Tahun ni masih lagi menjadi guru tingkatan walaupun dah senior...Tingkatan 3 Dinamik 3....Masih dalam proses mengenali pelajar-pelajarnya yang 1 Malaysia....Ini tugas yang paling berat sekali....kutip yuran, masukkan data SMM, enrolment setiap hari, kehadiran pelajar, keceriaan kelas....dan macam-macam lagi...
c) Guru Disiplin - alhamdullilah, dah tak pegang jawatan setiausaha Lembaga Disiplin tapi masih lagi kekal sebagai guru disiplin..
d) Guru Penyelaras Persatuan dan Kelab Akademik - jawatan baru bagi tahun ini...bertambahlah lagi tanggungjawab saya..Memastikan semua persatuan akademik di bawah saya bergerak dan menghantar laporan tepat pada masanya...
e) Ketua Panitia Geografi - Jawatan ini tetap saya pegang walaupun KP lain terlah berganti kepada guru-guru muda...Mudah-mudahan pada tahun hadapan, bolehlah diberikan kepada guru lain pula...Dah penat membuat headcount.... dan analisa item..... dan post mortem...
f) Guru Penasihat Persatuan Geografi dan Alam Sekitar - Ini dah macam jawatan tetap dan berpencen saya...Sudah tak ada yang layak kecuali saya sahaja.... kesian kat saya....
g) Guru penasihat Kadet Bomba....Tahun ini macam ada semangat tengok pasukan kadet bomba sekolah saya...sudah semakin mantap....semoga dapat bersaing dengan pasukan Kadet Polis...Chayuukkkkk Bomba SMKTD2...
h) Guru Pasukan Rumah Hijau...Tahun lepas, sekolah saya mempunyai 4 rumah sukan ...saya pula di rumah merah...Tetapi tahun ni dah tukar rumah semula kepada 6 rumah pasukan....dan saya ditukar kepada rumah Hijau pulak....warna kegemaran saya....
i) Guru Pendidikan Alam Sekitar... Dah 2 tahun pegang jawatan ini walaupun sebagai pembantu kepada En Ahmad....rasa macam nak tukar je.....dah penat nak jaga stesen alam sekitar sekolah ini....Tahun lepas menyertai anugerah sekolah2 Lestari....Penyertaan aja.....tapi okeylah.....
j) Guru Bahasa Melayu - Puan Pengetua mendesak saya mengajar BM tingkatan 4....tapi saya tak mampu rasanya....walaupun dah pernah mengajar BM tingkatan 4....Tahun ni mengajar Tingkatan 1 KAA....Kelas Aliran Arab.....kira okeylah...Insya Allah, jika ada keupayaan, tahun hadapan saya akan mengajar tingkatan 4 pula...
k) Guru Geografi...Sejak sekolah ini dibuka, saya telah diamanahkan mengajar mata pelajaran Geografi Tingkatan 3....walaupun saya bukan opsyen, namun demi mendidik mereka, saya teruskan...
Inilah antara tugas-tugas saya di sekolah....
Bila balik ke rumah pula, terpaksa mengurus rumah pula....kadang-kadang saya hanya dapat menjenguk blog ini sahaja ...akan tetapi saya seboleh-bolehnya cuba untuk menulis di ruangan ini...
Untuk menulis kembali pengalaman-pengalaman saya dan diadaptasikan dalam bentuk cerita pendek ( cerpen ) memerlukan masa tenang....Jadi sabarlah yea....saya akan tetap menulis untuk dijadikan pengajaran kepada semua....
p/s.... sibuk memenuhi tempahan gelang kristal...kerja sambilan saja....
Nukilan:


Khamis, Januari 27, 2011
Cikgu, Tolong maafkan saya........

Sambungan daripada kisah budak sekolah yang lalu..Jangan Cabar Saya..
"Ahhh, malasnya nak masuk kelas ni.....dahlah kelas hujung, tingkat 4 pulak..." keluh saya..
Belum apa-apa lagi, saya sudah tidak senang hati untuk mengajar di kelas 3C3....ini semua gara-gara perangai Shazwan yang tidak berubah-ubah...ibarat nila yang setitk, habis susu sebelangga. Begitulah persepsi saya terhadap kelas tersebut...
"Bangun semua....SELAMAT SEJAHTERA, Pn Siti Mariam." Jerit ketua tingkatan berbangsa cina itu seperti biasa sejurus sahaja saya memasuki kelas tersebut...
"Selamat sejahtera...pastikan bawah meja awak semua tiada sampah...kalau ada sampah, sila punggut dan buangkan ke luar....jangan duduk selagi tidak bersih..." arahan biasa saya sebelum membenarkan pelajar duduk..
Memang sudah menjadi tabiat saya, memastikan kelas berada dalam keadaan bersih sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran...
"Baiklah kelas, Hari ni, kita akan belajar tajuk Sumber Mineral Di Malaysia...sila keluarkan buku nota."kata saya untuk meneruskan pengajaran..
"Cikgu! buku nota ke buku latihan?" tanya seorang pelajar dari belakang kelas.....
Saya cam suara tersebut...suara Shazwan....
Namun dek hati yang masih panas lagi, saya tidak menoleh langsung muka Shazlan dan tidak menjawab soalannya...
"Biar padan dengan muka dia!..selagi dia tidak minta maaf dengan aku, aku tak akan melihat sedikit pun muka dia dalam kelas ini...."kata saya didalam hati..
Begitulah hari-hari seterusnya, saya masih tidak menghiraukannya...
Namun, pada suatu hari....
"Pah,aku sedih sangatlah masa aku duduk kat dalam bilik utiliti tadi...." Luah saya kepada cikgu Sharipah..
"Kenapa pulak?"tanya cikgu Sharipah.
Sebenarnya, unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3. Motivasi ini telah dijayakan oleh sebuah syarikat motivasi swasta...Memang sangat berkesan...lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan pengorbanan ibu bapa dan para guru...
Sedang saya kushyuk bercerita dengan Cikgu Sharipah, tiba-tiba saya ternampak Shazwan masuk ke bilik guru berseorangan...Saya pun terus bercerita tanpa menghiraukan kehadirannya...
Tanpa saya sedari, Shazwan meluru ke arah saya....
"Cikgu, maafkan saya cikgu.." kata Shazwan perlahan dengan getaran suara yang hiba...
Saya diam sahaja.....
"Cikgu, tolonglah maafkan saya...saya banyak buat salah dekat cikgu...."kata Shazwan lagi...mata shazwan sudah mulai merah dan perlahan-perlahan dia mengalirkan air mata...
Shazwan menanggis!....
"Cikgu, saya tau saya bersalah...saya tak mahu ulangi lagi kesalahan saya lagi...cikgu...maafkan saya cikgu.." rayu Shazwan lagi..
Hati saya mulai sayu...saya sendiri terkejut dengan situasi ini...begitu juga dengan cikgu Sharipah...
Akhirnya...jatuh juga air mata saya....
"Sudahlah...jangan menanggis lagi...saya maafkan awak..." akhirnya saya dapat juga luahkan dengan linangan air mata.
"Awak belajarlah bersungguh-sungguh yea...saya nak awak berjaya... saya lupakan apa yang telah awak buat pada saya...." nasihat saya lagi dengan nada sedih....
Shazwan hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mengesat air matanya..
"Sudahlah....saya dah maafkan awak...awak mesti berjanji tidak akan membuat saya marah lagi..."sambung saya bila melihat Shazwan masih lagi menanggis dan tidak mahu berganjak...
"Terima kasih cikgu.."
Sejurus kemudian, Shazwan pergi dan meninggalkan saya yang masih-masih tidak mempercayai apa yang telah berlaku...persis drama... saya tidak sangka ia terjadi kepada diri saya....Cikgu Sharipah sendiri pun terkedu....
Setelah PMR keluar, pelajar ini telah berpindah ke sekolah berdekatan...sampai sekarang saya tidak pernah terserempak dengannya...namun sekarang, pelajar mungkin sudah bekerja...Inilah kenangan yang tidak dapat saya lupakan...
P/s: Hampir menanggis bila saya menceritakan semula dalam catatan ini....rasa sebak mula menguasai...
Nukilan:-


Selasa, Januari 25, 2011
Tiba-tiba Loya Pulak Tekak Ni.....


Isnin, Januari 24, 2011
Jangan Cabar Saya!!!!

Pagi itu, suasana sekolah sunyi sepi..masing-masing sedang tekun menjawab soalan peperiksaan yang terbentang dihadapan mereka.
Di kelas 3C3 kelihatan beberapa orang pelajar mulai tidur..mungkin mereka sudah siap atau mungkin mereka tidak dapat menjawab soalan lalu mengambil peluang untuk melelapkan mata dek kerana keboringan..
"Ah...bosannya..." getus hati saya.. sambil mundar mandir saya berjalan sambil memerhati pelajar-pelajar tersebut..
Tiba-tiba saya melihat seorang pelajar berbual-bual di hadapan kelas....
"Shazwan! jangan berbual." jerit saya dari belakang kelas. Keadaan kembali tenang sekita..
Tidak sampai dua minit, shazwan mula bersuara dan berbual-bual dengan kawan sebelahnya, Halim...
Hey budak ni, tak tau takut betul lah...bisik saya.
"Shazwan! kalau awak berbual lagi, saya pindahkan meja awak ke luar kelas" amaran saya.
Tapi Shazwan tetap berbual tanpa memperdulikan saya....
Geramnya...
Kurang ajar budak ni...langsung tidak mengendahkan cakap saya....saya kena bertindak ni..kalau tidak jatuhlah air muka saya sebagai guru..
Saya mula bergerak ke hadapan dan memukul lembut lengan Shazwan sebagai amaran tentang kebiadapannya itu...
"Apa pukul-pukul ni!" tengking Shazwan kepada saya dihadapan 35 pelajar lain...
Semua pelajar serta merta berhenti menulis dan memandang tepat ke arah saya..Pelajar yang tidur juga tersedar dari mimpi mereka..
"Awak jangan kurang ajar dengan saya..saya suruh awak diam tapi awak tidak diam..sekali lagi awak kurang ajar dengan saya, saya tampar muka awak!" balas saya dengan nada yang tegas..
"Cikgu cubalah tampar muka saya!" cabar Shazwan dengan menadahkan mukanya ke hadapan saya.
"Awak jangan cabar saya!" Balas saya dengan nada yang geram..
Keadaan sunyi sepi..semua pelajar terus memandang saya tanpa berkelip mata mereka...menunggu apa tindakan saya seterusnya..
Dalam hati saya, kalau saya tidak menampar pelajar ini, maka akan jatuhlah maruah saya sebagai seorang guru. Jika saya tidak bertindak, mungkin selepas ini, semua pelajar dalam kelas ini tidak akan menghormati saya lagi...
Saya masih lagi cuba bersabar...
"Kalau berani tamparlah muka saya!" ulang Shazwan mencabar kewibawaan saya...
PANGGG.....tangan saya ringan sahaja menampar muka Shazwan sekuat mungkin...hati saya puas....
Semua pelajar terkejut dengan tindakan saya...
Tangan saya masih lagi menggigil-gigil ..bukan menahan sakit sebab lelempang muka Shazwan tetapi kerana saya menahan geram. Saya mengenggamnya supaya tidak kelihatan oleh pelajar lain..
"Cikgu ingat, muka saya tak ada insurans ke?..saya akan buat laporan polis...saya akan saman cikgu...emak saya kerja dekat pejabat peguam...cikgu akan kena nanti!"amaran Shazwan.
"Awak ingat saya takut dengan ugutan awak tu!..saya ada saksi..semua pelajar dalam kelas ni lihat apa yang berlaku...awak yang paksa saya tampar muka awak..jadi saya tamparlah..jadi, awak tak boleh salahkan saya" tengking saya lagi....
Selepas kejadian tersebut, saya dan Shazwan ibarat musuh...saya tetap menjalankan tanggungjawab saya mendidik pelajar seperti biasa.
bersambung......
p/s: Kisah ini adalah benar belaka. Nama pelajar dalam kisah ini terpaksa dirahsiakan ..Gambar adalah hiasan semata-mata. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua.

Ahad, Januari 23, 2011
PELAJAR DERHAKA????
Selalunya kita hanya mendengar dan membicarakan tentang anak derhaka kepada ibu bapa mereka....
Di tv juga banyak drama-drama yang memaparkan tentang cerita anak derhaka seperti Si Tanggang dan lain-lain lagi...
Tapi di sekolah....mereka di gelar PELAJAR DERHAKA......
Pelajar derhaka ni bukanlah pelajar yang yang sentiasa melanggar peraturan sekolah...seperti bergaduh, ponteng kelas, memusnahkan harta benda sekolah dan lain-lain..
Pada saya, pelajar derhaka ini adalah pelajar yang terlampau kurang ajar dengan seseorang guru....
Terlampau.....( sila bezakan...)
Kalau dah ber "engkau" dan ber "aku" dengan cikgu sendiri tu...bukan derhaka ke?
Kalau dah menyebut perkataan lucah dan tidak elok didengar seperti bodoh!, celaka! sial!.....
mana cikgu yang boleh bersabar...
Pengalaman saya dahulu pernah di lucahkan oleh pelajar sendiri....walaupun saya mungkin bukan sebangsa dengan mereka, namun saya masih lagi faham dengan maksud bahasa tersebut....ada pula yang menggelar saya seperti kemaluan emak mereka....geram saya...
Kalau saya sudah geram...habislah mereka...derhakalah mereka.....
Tidak akan saya halalkan segala ilmu pengetahuan yang saya curahkan kepada mereka....
akan saya mendoakan mereka tidak akan lulus dalam subjek yang saya ajari....
akan saya pinggirkan diri mereka daripada pandangan saya sehinggalah mereka meminta maaf...
Akan tetapi perkataan maaf itu umpama sebiji emas yang ingin diberikan kepada cikgu....terlalu mahal dan tidak mungkin!
Adakah mereka masih lagi tidak dikatakan menderhaka????
Tetapi itulah guru... umpama seorang ibu....masih lagi kuat dengan simpati.... masih lagi kuat dengan kasih sayang.....
Tetap juga memaafkan mereka walaupun mereka derhaka....
Masih lagi mengambil berat tentang hal mereka ...walaupun mereka biadap...
Masih lagi boleh memberikan senyuman bila berselisih jalan.....walaupun mereka langsung tidak memperdulikan kita...
Masih lagi bercakap lembut...walaupun mereka tegar...
P/s...Tahun lepas, terdapat beberapa pelajar yang menderhaka kepada saya....hanya mata pelajaran saya sahaja yang mereka tidak lulus....emmmm mungkin doa saya kot......tapi sampai sekarang memang saya tak akan maafkan mereka!...

Galakan atau Gagalkan...
Berat...
Berat...
Kenapa ada orang yang suka menjatuhkan orang lain...kenapa ada orang yang tidak senang dengan kesungguhan seseorang dalam melakukan perubahan...
Kesal saya dengan keadaan ini....walaupun berilmu, namun mereka masih tidak tau membezakan sama ada apa yang mereka ucapkan itu adalah galakan atau sengaja nak menggagalkan usaha seseorang itu...
Sepatutnya mereka berbangga dengan pencapaian tersebut...bukan inginkan pujian , bukan inginkan sanjungan...tapi itulah sikap manusia...
Irihati....cemburu....hasad dengki..
Dah macam makanan harian mereka.....apa sahaja yang ingin diutarakan mesti ada negatifnya...
sikap inilah yang kerap menjatuhkan dan menggagalkan orang lain....lebih2 lagi kepada mereka yang baru nak berjaya...
Saya bukan nak mengutarakan isu ini secara detail tetapi dalam konteks persekolahan....pelajar yang lemah akan ketinggalan sementara pelajar yang cemerlang diagung-agungkan..
Bagi saya sendiri, memanglah agak sukar untuk memahami pelajar-pelajar yang lemah IQnya...tetapi bila kita sudah mengalaminya....kita akan berusaha untuk membuatkan mereka berjaya...
Selalunya, bagi pelajar-pelajar yang sebegini...mereka sentiasa dianaktirikan...dipinggirkan dalam semua aktiviti... dan pendapat mereka juga tidak diendahkan...
Akan tetapi sebagai guru, sejauhmanakah yang kita dapat membantu mereka untuk berjaya??....jika mereka sendiri tidak mahu memperbaiki hidup mereka sendiri...
kesabaran....
Perlu banyak bersabar...bagi yang memang hati mereka tertutup untuk belajar...biarkanlah mereka dengan citi-cita mereka.....
p/s..semalam ketika sedang mengisi minyak di esso, terlihat kelibat bekas pelajar yang pernah duduk di kelas yang paling hujung....emmm SMART gila.... satu-satunya pelajar islam yang gagal dalam matapelajaran Pendidikan Islam dalam PMR 3 tahun dulu...nampak macam berjaya dengan kereta besarnya...

Jumaat, Januari 21, 2011
Kisah Kambing dan Ayam




JOM GEGAR BLOG
Sebagai blogger baru, saya ni suka explore blog-blog orang lain...
Anehnya, blog-blog mereka suka sangat memaparkan atau link ke blog BEN ASHAARI...
Saya pun masuklah ke blog tuan punya tu...emmm memamg mantap...blog orang lelaki...tapi ramai peminatnya perempuan...kebanyakannya peminat blogger...banyak jugak saya telah belajar dalam blog dia...
Tuan punya ada buat satu peraduan..saya pun tak tau motifnya...dan tak tau apa hadiahnya...So saya sertainyalah...dapat jugak belajar mcm mana nak link terus dalam teks ni...
Menyambut sahutan Ben Ashaari...

Jadi jugak akhirnya...dengan saya yang tidak tau apa-apa...
Kepada yang membaca, maaflah kalau saya salah yea...

Khamis, Januari 20, 2011
Jemput-jemput Udang Geragau...
Pagi ni, bangun tidur saja..dah termenung...nak buat sarapan apa yea untuk anak-anak saya...
Buka sahaja peti sejuk, emmmm ada udang geragau ( anak-anak udang tak cukup umur )....
Udang geragau ni selalunya dibuat belacan...kalau kita pergi ke pasar, kadang-kadang udang yang dijual berwarna putih dan kadang kala berwarna merah2 sikit...
Saya selalunya, suka membeli udang geragau basah yang berwarna putih.. udang geragau basah yang berwarna kemerahan tu saya tidak suka membelinya kerana kalau kita masak..akan terasa gatal sahaja tekak kita....
Jemput-jemput? Jemput-jemput sama sahaja dengan cucur...kadang-kadang di kampung, orang memanggil cekodok...( org jawa kot ).. Nak buat jemput-jemput ni pun senang je...kadang-kadang saya tengok juga resepi dalam blog orang lain...tapi tidak sama dengan resepi keluarga saya....lebih lembut( pada pendapat sayalah...) Ini hasilnya jemput-jemput udang Geragau pagi cuti Thaipusam ini..
Hari ni, saya nak kongsi resepi jemput-jemput udang geragau, sarapan kegemaran anak-anak saya...
Bahan- bahannya ialah ; -
Udang Geragau basah ( ikut suka nak masukkan berapa banyak..lagi banyak lagi sedap )
Tepung gandum ( jangan banyak sangat, nanti udang tak rasa dan keras pulak )
lada blander dalam 2 sudu besar ( kalau nak lebih pedas masukkan banyak sikit )
bawang merah ( potong halus-halus )
daun kucai ( potong sedang-sedang, boleh ganti dengan daun bawang )
telur 1 biji ( kdg2 org guna soda bikarbonat..tapi saya tak suka sebab ia menyerap banyak minyak..)
garam
air suam
Cara-caranya...
1) mula-mula ambil udang geragau basah tu masukkan dalam mangkuk besar,masukkan tepung, lada blander, bawang, daun kucai, telur dan garam...
2) Gaul sehingga sebati.
3) Selepas tu, barulah masukkan air suam dan gaul lagi.
4) Goreng dengan menggunakan api yang sederhan sehingga kekuningan...Selalunya saya tunggu sampai lapisan luarnya garing sedikit..
Hidangkan dengan sos cili..emmm sedap... Ada banyak cara untuk membuatkan supaya jemput-jemput ni jadi sedap... saya suka menggunakan telur kerana jemput-jemput akan menjadi lebih lembut dan sedap...Kalau kita menggunakan soda bikarbonat, sedap jugak..tapi cepat muak kerana ronga-ronga tepungnya menyimpan minyak...
Kalau membuat jemput-jemput pisang, saya tidak menggunakan telur cuma air suam sahaja.. kadang-kadang saya campurkan soda bikarbonat supaya bentuknya menjadi bulat-bulat yang cantik... Saya baru praktikkan menggunakan air suam..kata kawan-kawan saya, petua ini boleh melembutkan lagi jemput-jempu kita... memang benar...lembut...
Saya selalunya, suka membeli udang geragau basah yang berwarna putih.. udang geragau basah yang berwarna kemerahan tu saya tidak suka membelinya kerana kalau kita masak..akan terasa gatal sahaja tekak kita....
Jemput-jemput? Jemput-jemput sama sahaja dengan cucur...kadang-kadang di kampung, orang memanggil cekodok...( org jawa kot ).. Nak buat jemput-jemput ni pun senang je...kadang-kadang saya tengok juga resepi dalam blog orang lain...tapi tidak sama dengan resepi keluarga saya....lebih lembut( pada pendapat sayalah...) Ini hasilnya jemput-jemput udang Geragau pagi cuti Thaipusam ini..
Bahan- bahannya ialah ; -
Udang Geragau basah ( ikut suka nak masukkan berapa banyak..lagi banyak lagi sedap )
Tepung gandum ( jangan banyak sangat, nanti udang tak rasa dan keras pulak )
lada blander dalam 2 sudu besar ( kalau nak lebih pedas masukkan banyak sikit )
bawang merah ( potong halus-halus )
daun kucai ( potong sedang-sedang, boleh ganti dengan daun bawang )
telur 1 biji ( kdg2 org guna soda bikarbonat..tapi saya tak suka sebab ia menyerap banyak minyak..)
garam
air suam
Cara-caranya...
1) mula-mula ambil udang geragau basah tu masukkan dalam mangkuk besar,masukkan tepung, lada blander, bawang, daun kucai, telur dan garam...
2) Gaul sehingga sebati.
3) Selepas tu, barulah masukkan air suam dan gaul lagi.
4) Goreng dengan menggunakan api yang sederhan sehingga kekuningan...Selalunya saya tunggu sampai lapisan luarnya garing sedikit..
Hidangkan dengan sos cili..emmm sedap... Ada banyak cara untuk membuatkan supaya jemput-jemput ni jadi sedap... saya suka menggunakan telur kerana jemput-jemput akan menjadi lebih lembut dan sedap...Kalau kita menggunakan soda bikarbonat, sedap jugak..tapi cepat muak kerana ronga-ronga tepungnya menyimpan minyak...
Kalau membuat jemput-jemput pisang, saya tidak menggunakan telur cuma air suam sahaja.. kadang-kadang saya campurkan soda bikarbonat supaya bentuknya menjadi bulat-bulat yang cantik... Saya baru praktikkan menggunakan air suam..kata kawan-kawan saya, petua ini boleh melembutkan lagi jemput-jempu kita... memang benar...lembut...

Pasar Kemboja.....
Esok cuti Thaipusam....jatuh hari Khamis pula....
Masa yang sesuai untuk pergi ke Pasar Kemboja...
Pasar Kemboja ni sangat terkenal di Johor Bahru...Selalunya saya pergi ke pasar kemboja di Ulu Tiram pada pagi Khamis..itu pun kalau jatuh pada hari cuti....Dari rumah saya ke pasar kemboja ni taklah lama sangat...hanya mengambil masa 15 minit sahaja...
Kadang-kadang kalau mood baik dan cuti jugak, saya akan pergi ke pasar kemboja di Kota Tinggi pula...Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi tak jauh sangat...adalah memakan masa 30 minit perjalanan...akan tetapi pasar kembojanya hanya pada pagi jumaat sahaja...
Pasar ni macam pasar pagi ditempat-tempat lain juga....ada menjual pelbagai barangan dari pakaian hinggalah barangan basah....ada juga menjual barang kemas tiruan...
Kalau kita pergi ke pasar kemboja di Ulu Tiram, pasar paginya terlalu luas....buat masa ni, saya belum lagi dapat meng"eksplore" pasar ni.....penat sangat-sangat.... selalunya saya pergi ke kedai-kedai yang penting-penting sahaja...
Pasar kemboja ini selalunya dikunjungi ramai terutama sekali pengunjung dari luar Ulu Tiram...Kebanyakannya pengunjungnya adalah kaum hawa...sebab disinilah kita dapat membeli kain-kain dan baju-baju yang dijual oleh peniaga-peniaga berbangsa Kemboja pada harga borong...Sementara kain-kain yang dijual terutama kain ela, harganya sangat murah....
Selain kain-kain ela, terdapat juga baju-baju kurung "ready made" yang memang murah...kalau kita pandai tawar menawar, kita boleh dapat sehingga RM30.00 sepasang...
Dahulu, saya pernah menjual kain-kain ela dengan guru-guru di sekolah lama saya....dan kain yang tidak terjual boleh di pulangkan semula kepada penjual dan ditukarkan dengan kain yang lain....Laku memanglah laku ..tetapi saya ni sebenarnya kurang ingin berniaga...so itulah sekali sahaja saya buat jualan....selebihnya saya malas....
Lagi pula, kalau dicongak-congak tentang kos pembeliaan baju dan upahnya...baiklah kita membeli kain di sini.. dengan kos kain cuma RM15.00 - RM20.00 dan upah menempah baju...kalau harga baju kurung, upahnya RM25.00 dan baju kurung pahang pula RM30.00....rasanya berbaloi pula.....
Hujung cuti tahun lepas atau pada hari raya...ramai cikgu-cikgu yang suka membeli baju-baju ready made di bandar Kota Tinggi....Kalau di sana, dah macam gedung baju ready made ....harga baju ready made di sana dijual antara RM50.00 ke atas...
So, kira berbaloi lak jugak....lagi pun kita dapat menempah baju mengikut ukuran badan kita sendiri....
Di sini, tudung pelbagai aneka pun banyak dijual....dari tudung segera ( tudung berawning ) hinggalah tudung bawal....semuanya dari kelantan atau kemboja....Harga borong jugak...
Malangnya.....
esok baru 20 haribulan....
Saya belum gaji lagi......mana nak cari duit untuk pergi ke sana....banyak duit dah habis untuk pengurusan awal tahun....yuran, pakaian sekolah, buku dan peralatan sekolah, pengangkutan anak, bayaran taska dan dot dot dot......
Esok...betul-betul dah kering....rasanya saya tidak dapat pergi juga....walaupun hati meronta-ronta....tak pelah...mungkin di hari lain pulak....

Rabu, Januari 19, 2011
Kisah Asyraf....

Selasa, Januari 18, 2011
Jaga-jaga..Rakyat Malaysia sudah lama menghidapi penyakit merbahaya ini,,,
Ini bukan demam lagi!!!...Ini satu penyakit yang sangat bahaya.....Penyakit ini dah menjangkiti ramai orang di Malaysia...Tidak kira Melayu, Cina, India...bangsa lain-lain pun dah terkena virus nie....
Jika terkena virus ini, manusia akan menjadi tersangatlah lemah, malas dan kurang tenaga...kadang-kadang tu , sakit tekak yang keterlaluan...
Sakit pe tu?..
Sakit Astro....
Sakit Astro?????
Mana ada sakit astro...kalau tv saluran astro adalah...
Yealah tu....penyakit Astrolah namanya...
Kenapa saya kata kan penyakit? merbahaya pulak tu...
Sebab penyakit ini sudah menaburkan virusnya dalam rumah saya...habis semua anak-anak saya diserangnya....penat saya menjaga anak-anak yang dijangkiti penyakit ini...doktor pun tak dapat sembuhkan...
Anak-anak saya semakin malas untuk belajar, muka sembab sahaja kerana seharian diserang penyakit ini...Bila penyakit ini menyerang, rumah saya jadi tunggang langgang...kain tak bersidai, lantai tidak bersapu, pinggan tidak berbasuh...amat meruncingkan hati saya sebagai seorang ibu...
Sekarang, anak-anak saya seperti sudah tidak boleh bangun...asyik terlantar sahaja...makan dan minum pun di tempat yang sama...pinggan dan cawan pula tidak terangkat untuk dicuci...
Lebih teruk lagi, virus ini menyerang anak lelaki saya....impaknya sangat teruk...virus 611,virus 612, virus 613, hinggalah virus 616....sukarnya hendak menyembuhkannya...sampaikan saya berjumpa dengan bomoh untuk meminta air jampi..namun penyakit ini tidak juga sembuh-sembuh...
Anak saya tidak mahu pergi ke sekolah...tidak mahu pergi ke taska...tidak mahu keluar rumah... ini semua kerana penyakit bahaya ini...
Saya rasa, penyakit ini sudah menyerang orang lain juga...lebih-lebih lagi kepada anak-anak kecil...
Jadi berjaga-jagalah wahai rakyat Malaysia....

Isnin, Januari 17, 2011
Kenapa di berhentikan....

Semalam, saya blog walking kat blog-blog teman-teman baru...dalam masa yang sama saya mencari idea bagaimana untuk memeriahkan lagi blog saya ni.. Begitu banyak blog-blog yang cantik dan mempunyai design-design yang tersendir..sampai saya cemburu dengan kemahiran para blogger ini
Dalam menjenguk-jenguk , terbaca pula satu artikel tentang pemberhentian serta merta slot legenda "Sakti Delima"..Menurut artikel tu lagi, pemberhentian cerita ini adalah sebab unsur tahyul yang melampau...
Terkejut saya bila membacanya...ini kerana saya adalah salah seorang peminat cerita-cerita drama dalam slot legenda ini... bila pukul 4.30 ptang sahaja saya sudah ternanti-nanti akan cerita-cerita yang ditayang oleh TV3 ini...sebelum cerita Sakti Delima ini, saya suka menonton cerita Putera Katak...
Cerita ini mempunyai persamaan dengan filem lama dulu iaitu Panca Delima...kalau tak salah saya pelakon perempuannya adalah Hashimah Yon dan pelakon lelakinya dipegang oleh Jins Samsuddin..
Dalam filem ini, pelakon lelaki disumpah menjadi ular dan boleh berubah kembali menjadi manusia dengan menggunakan panca delima..
Sementara cerita Sakti Delima pula, Bienda menjadi pelakon utama dan Iqram menjadi heronya..dalam cerita ini, hero bukan disumpah menjadi ular tetapi disumpah menjadi burung...
Walaupun cerita-cerita tersebut memang tidak masuk akal..tetapi sekurang-kurangnya saya boleh melepaskan tension setelah seharian bekerja...sekurang-kurangnya habis juga satu bakul kain untuk dilipat ketika menonton...
Sebenarnya, pada mula nya saya tidak suka juga menonton cerita ini..tapi bila saya tengok penderitaan bienda didera oleh 2 orang kakak yang garang..rasa seronok dan menarik pula ceritanya...melihat gelagat pelakon shiela rusly dan safura...menggelikan hati pula...
Sebenarnya saya memang meminati lakonan safura...tapi lakonan nya dalam cerita ini gedik sikit...dan masih menarik!
Selain itu juga, saya suka dengan penggunaan bahasa percakapan dalam cerita ini...Semua pelakon menggunakan bahasa Baku...Bahasa Melayu Lama..Seronok..
Sebagai guru Bahasa Melayu, saya tidak menggunakan penggunaan Bahasa Baku dalam pengajaran dan pembelajaraan kecuali kalau saya mengajar puisi atau pun sajak....
Oleh itu, saya telah menyarankan kepada para pelajar saya supaya melihat cerita ini..agar penggunaan bahasa mereka semakin baik... Dalam cerita ini, para pelakonnya tidak menggunakan bahasa yang ringkas...contohnya penggunaan bahasa pasar...susunan dialognya juga diolah dengan menarik sekali..memang saya suka sangat-sangat..
Minggu lepas, selama satu minggu saya menantikan cerita ini... bila petang tiada , saya cuba melihat di TV9 pula pukul 8.30 malam...namun tetap juga tiada...saya tidak taulah pula tentang pemberhentian serta merta cerita ini...
Patutlah slot tersebut telah digantikan dengan cerita si tanggang..cerita ni saya dah menontonnya banyak kali...so, agak boringlah...
Tapi apa-apa pun, pemberhentian ini mungkin ada hikmahnya...terlalu banyak unsur-unsur tahyul...yea lah..kejap dunia nyata...kejap dunia bunian...ada disumpah jadi burung..ada yang boleh menyamar jadi kucing pulak...tu yang tak faham ni...
Sebagai peminat slot legenda...saya menantikan cerita yang lebih menarik lagi dari TV3...
p/s...takut nak tengok filem KHURAFAT....macam seram sangat-sangat...

Ahad, Januari 16, 2011
Menantu VS Mentua....
Saya bukan nak beri komentar tentang drama "Mentua Vs Menantu" lakonan Erra Fazera tu... tapi saya nak ulas sedikit tentang tajuk ini yang setakat ini belum habis-habis dipersoalkan..
Kenapa kita tidak boleh tinggal bersama-sama dengan mentua kita?
Kenapa kita tidak boleh tahan dengan sikap mentua kita seperti memahami sikap emak kita sendiri?
Persoalan itu, jawapannya ada pada diri kita sendiri...Kata orang apabila kita sudah berkahwin, kita akan berkahwin sekali dengan keluarganya sekali...betul ke?
Pada saya sebagai seorang isteri, apabila kita berkahwin dengan seseorang lelaki..kita tidak boleh memisahkan talian darah antara ibu dan anak ...memanglah ..kita sebagai seorang wanita, kadang-kadang ingin menguasai suami kita seorang sahaja..dan kita tidak mahu rumah tangga kita dicampuri oleh orang lain..terutama sekali mak mentua..
Dan kita juga kena tahu bahawa syurga suami masih lagi di bawah tapak kaki ibu mentua..kita tidak boleh menafikannya...sehingga suami kita meninggal pun , fatwa ini tidak akan berubah..
Pergaduhan antara menantu dan mentua ini memang sejak dari dulu lagi....seperti dalam filem "ÏBU MENTUAKU" lakonan P. Ramlie tu...
Jadi, kita sebagai menantu mestilah menganggap bahawa mentua kita tu seperti ibu kita juga...
mana sama?
Memanglah tak sama...tapi kalau kita layan dia seperti ibu kita juga sudah pasti emak mentua kita pun akan menyayangi kita juga..
Hal mengumpat..memburuk-burukkan nama...ketidakpuasan hati...memang sudah menjadi asam garam kehidupan jika kita sudah mengambil keputusan untuk tinggal bersama mentua kita...
Perasaan negatif terhadap emak mentua memang tidak dapat dielakkan...kan syaitan berada di mana-mana sahaja...memang dah sifat syaitan tu untuk memporak perandakan kehidupan umat manusia...biarlah dia menjalankan tugasnya...
Tetapi kita yang mempunyai akal fikiran, sudah pasti dapat mengkaji mana yang baik dan buruk kepada kita..
Sampai bila kita hendak memusuhi mentua kita?... jika kita bencikan mentua...macam mana kita hendak menghadapi hari-hari mendatang...sebab kita akan berjumpa dengan mereka jua akhirnya...
Pada saya, saya sendiri pun tidak sanggup untuk duduk bersama-sama emak mentua saya...malahan emak saya sendiri pun saya tidak mahu tinggal dengannya...bukan saya tidak sayang dengan mak saya sendiri tetapi saya tidak mahu menyusahkan dia...
Sebagai isteri, kita mestilah membuang jauh-jauh perasaan yang negatif dan kita mestilah lebih banyak mengalah..sikap ini penting supaya kita menjadi menantu yang disayangi..
Selalulah berfikiran positif terhadap mentua... buang yang keruh, ambillah yang jernih...
Senanglah awak cakap macam gitu, awak tidak merasainya!
Saya tau saya tidak pernah merasainya...tetapi saya pun ada rasa ketidakpuasan terhadap mak mentua saya...tetapi saya tidak cakap...dan saya cuba memahaminya...mungkin memang dah sikap dia macam gitu...Redha aja lah...
P/s ...teks ini didedikasikan kepada adik ipar saya di Pahang.....Sabarlah dek....

Rumah Tradisi Melayu Melaka
Masa saya darjah 5 di sekolah rendah LKTP Air Tawar 5 dulu...saya ada mengikuti lawatan sambil belajar ke Melaka...Itulah pertama kali saya pergi ke negeri lain.. Salah satu tempat yang saya lawat ialah Rumah Lama Melaka..
Masa tu, saya masih ingat..saya dan kawan-kawan bergambar di tangga hadapan rumah tersebut...dan kenangan tersebut masih saya tidak dapat lupakan..namun disebabkan saya bukan dikalangan keluarga yang berduit..so, saya tak mampu untuk menempah dan membeli gambar tersebut...jadi..tak adalah kenangan terindah tersebut....
Cuti hujung tahun yang lepas, barulah saya berkesempatan untuk melawat Rumah Lama Melaka itu

Wah!!!!!
Semakin cantik rumah ini...mungkin dijaga dengan elok..tapi banyak perubahan dibuat ...macam sudah hilang status rumah tu...
Dahulu, ditepi rumah ini tiada landskap macam gitu...tapi sekarang dah ada pulak
Nak masuk rumah ni kena bayar RM1.00.. entahlah..mungkin untuk pengurusan rumah ni kot..
Naik sahaja tangga, jangan lupa baca pantun lama ini...
Di tepi beranda pula ada beduk...orang dulu-dulu guna beduk ni untuk panggil orang-orang kampung...selalunya digunakan semasa kecemasan.. macam cerita dulu-dulu tu..kalau ada pengumuman oleh sultan sahaja..terus ketuk beduk macam gini..






Sabtu, Januari 15, 2011
Berhutang untuk haji?????
Labaikka Allahumma Labaik....Labaikka Allahumma Labaik....
Ya Allah, hamba Mu datang kerana menyahut panggilan Mu....hamba Mu datang kerana menyahut panggilan Mu..
Setiap musim haji, kita akan terdengar-dengar laungan-laungan ini...dan bila kita dah semakin berumur ni..kita seperti dipanggil-panggil untuk pergi ke Mekah....
Apabila orang lain pergi ke Mekah, di dalam hati kita sudah pasti terdetik..bahawa suatu hari nanti kita juga akan pergi ke sana juga akhirnya...
Bila melihat keadaan kewangan kita, nak pergi umrah pun , masih nak berkira-kira...masih tidak cukup duit...hutang sana sini....sewa rumah, hutang kereta, hutang...hutang..keliling pinggang....
Last-last kita akan cakap "belum sampai seru lah"....he he he..dialog inilah dah sinonim dan acapkali digunapakai....
Orang cakap, kalau kita bebas daripada berhutang ...barulah kita boleh menunaikan haji....akan tetapi saya pernah membaca tentang hal ini..bahawa hukum berhutang untuk menunaikan haji adalah HARUS, dibolehkan pergi....Malah, jika ibadat haji itu dapat dilakukan dengan baik maka sudah tentu ibadat haji itu sah...walaupun kita berhutang....itu kata seorang pendakwah bebas..Datuk Daud Che Ngah...
Tetapi jika kita berhutang, dan di takdirkan umur kita tidak panjang...maka ini akan membebankan waris-waris yang lain...terpaksalah menanggung hutang ....banyak pulak tu...
Tetapi sekarang..sudah ada kemudahan yang membolehkan kita tidak perlu berhutang ..
Nak tau caranya...
Ambillah Insuran Takaful Haji...
Ada ke?
Ada...dan saya rasa tidak lama lagi takaful ini akan popular...sebab semua orang nak pergi haji... siapa yang tak nak pergi haji???...semua orang nak..
Tadi petang, saya pergi ke Smart...dekat pintu keluarnya terdapat meja-meja yang mempromosi takaful...tiba-tiba saya terpandangkan tentang takaful haji....baguslahkan?
Mana boleh...itukan insuran...
Hei, insuran lain...takaful lain tau....
Takaful lebih menepati kehendak-kehendak syariat Islam tapi insuran selalunya banyak berunsur "gharar"(ketidak pastian) judi dan riba...
Kalau kita melabur dalam takaful...itu dikira simpanan sahaja...kita pun tidak berhutang...
Saya rasa kalau kita menyimpan di takaful lebih menguntungkan...saya pun tak kata bahawa jika kita menyimpan di tabung haji merugikan...tetapi simpanan di tabung haji ni selalulah kita keluarkan kalau kita terdesak...betul tak? lebih-lebih lagi di awal tahun..sebab pengurusan anak-anak banyak..
Saya pun sudah semakin tua..tabungan di tabung haji pun masih tidak cukup-cukup... jadi saya pun menyimpan di takaful Haji ...sebab 10 tahun akan datang ..Insya Allah dengan izin Allah..saya mungkin akan dapat pergi ke rumah Allah itu...
10 tahun??? lamanya..
Mana lama...tak lama lah...pejam celik pejam celik...dah 10 tahun anda bekerja...tak lama...
Bagi saya sebelum saya bersara..saya sudah dapat mengerjakan haji..tidak payah saya menunggu wang pampasan kerajaan...Insya Allah..
Dan bagi orang yang muda..janganlah kata anda muda lagi...masih banyak masa...muda-mudalah bagus pergi ke Mekah..bila dah tua dah tak larat...
Jika cukup simpanan 10 tahun tu pergilah haji...janganlah pergi dengan pakej tabung haji...sebab kalau anda tunggu...sudah tua baru boleh pergi...ambillah pakej haji syarikat swasta...
Mahal sangat!...
Memanglah mahal tapi sebenarnya simpanan di takaful haji tu dah melebihi sangat-sangat...kita boleh pergi buat ziarah haji atau melancong...kata orang sambil menyelam kita minum air sekali...
Kalau kita tidak mahu pergi Haji sebab belum sampai seru...berilah duit tu pada ibu atau bapa kita yang uzur tu...diorang sememangnya teringin nak pergi haji jugak...masa inilah kita boleh membalas jasa ibu bapa kita...
Dan kita buatlah simpanan untuk 10 tahun lagi...untuk diri kita dan isteri atau suami masing-masing...
Saya rasa simpanan di takaful ini amat-amatlah menguntungkan...
Silalah berurusan dengan En Yusran Kasim - 019-7258047...anda boleh bertanya lebih lanjut dengan beliau sebsb beliau lebih arif tentang hal ini...saya cuma tau melabur sahaja....

Bila nak kurus nie!!!!!!!
KURUS....LANGSING....
2 perkataan yang selalu berlegar-legar dalam kepala otak saya sejak dari dulu lagi...Dari belum kawin sampailah dah beranak 5 ni..persoalan ini tak terpadam-padam dalam benak fikiran saya...
Kadang-kadang benci sungguh bila memikirkan bila nak kurus ni...
Banyak buku telah saya baca..
banyak produk telah saya cuba...
namum impaknya masih macam gini jua...
Dari tingkatan 6 lagi, saya dah mula melihat perubahan fizikal yang semakin "cubby"...kalau saya memakai tudung, nampak sangat bulat
buka saya ini...berat dah mula mencecah 52 kg....
Masa tu saya tak tau nak buat apa...duit pun emak yang beri...tak tau macam ne nak kuruskan perut..
Masuk alam U...saya dan kawan-kawan dah mula berjogging...tapi jogging pagi-pagi buta...nak jogging petang-petang ..malu ngn budak-budak kampus...
Saya pemalu orangnya....sebenarnya, saya tidak berapa suka bila jogging petang ni....ini kerana angin agak kuat bertiup pada masa ini...bila kita berlari, maka akan ternampaklah lekukkan-lekukkan yang tidak sepatutnya...tu yang menyebabkan saya suka berjogging awal pagi..
Lagi pula, budak-budak U ni lain sikit pemikirannya...
saya mula diperkenalkan dengan teh kurus oleh kawan-kawan saya...Macam-macam teh yang di telan...kelat-kelatlah...asal nak kurus...minum aja lah...teh orang kampung...teh Binari...entah apa-apa jenama saja...
Kalau dah minum teh kurus tu...apa lagi...
rutin harian mestilah masuk toilet aja...kadang-kadang sampai 5 kali satu hari..penat...
Perut..jangan kata lagi..asyik menahan sakit sahaja...
Pernah kawan saya mencadangkan satu tablet ( pil ) kurus kepada saya...harganya pun murah... saya pun suruh dia belikanlah di pekan Jitra..pas saya makan je pil tu..tak samapi esok pagi, perut saya dah mula memulas-mulas...sakit sangat..cepat-cepat pergi toilet...melepaskan hajat...
Tak dan keluar toilet, dah mula rasa yang mencengkam2 kat perut ni...lari lagi ke toilet...nasib baik bilik saya bersebelahan dgn bilik air...Hari tu saya keluar masuk toilet je hampir 8 kali...
Bila saya tanya kawan saya, apa nama pil ni? dia pun tak tau...tapi orang panggil julat...JULAT!!!!!!.
Patutlah ...
Sejak tu, saya serik nak makan ubat ini...
Sekarang, bila dah berkahwin...makin parah...
mulalah saya membuang banyak duit untuk membeli prosuk kurus...Jus Matelah...De Bella lah..dan macam-macam lagi..
Namun hasilnya tetap macam gini...gemuk dan berisi lagi...
Semakin di fikir semakin gemuk....tak taulah..
Sebenarnya, bila saya fikir-fikirkan semula...agak membazir sahaja membeli produk-produk tersebut...Bukan apa... sebab produk-produk ini memanglah boleh mengguruskan badan saya...namun yang menyebabkan saya tidak kurus ini adalah masalah sikap saya sahaja.
Semua berpunca sikap saya...suka makan...kejap-kejap nak makan..
saya ni sentiasa memasak makanan untuk anak-anak... kadang-kadang kita nak juga memasak makanan yang enak untuk suami dan anak-anak...tak kan kita nak tengok saja...makanlah bersama-sama...
Dekat tempat kerja pula...kudapan mesti ada..kalau tidak dah mula gelabah...nak muntah sahaja bila perut ni kosong...
Macam mana boleh kurus...kalau macam gini...
Sekarang umur pun dah semakin meningkat...metabolisme badan pun sudah semakin menurun...kalori pun dah susah nak di bakar...tenaga pun dah semakin lemah...
Rasanya, saya kena redha ajalah dengan ketentuan Tuhan ini...sememangnya saya berketurunan gemuk...cuma dikalangan adik-beradik saya kecil sikit saiznya...
namun begitu bila orang tengok masih lagi dikatogerikan gemuk...
Tetapi saya masih lagi berusaha supaya saya tidak terlampau gemuk...sebab bila terlampau gemuk , pelbagai penyakit akan mula menyerang...itu yang saya takut...
Biarlah saya sihat dan boleh menikmati kehidupan ini...walaupun saya cubby.....

Jumaat, Januari 14, 2011
CINTA MONYET VS CINTA KAMPUS...


Khamis, Januari 13, 2011
Aduh penatnya menjadi seorang surirumah berkerjaya.....
Dulu, semasa saya tingkatan 1, saya dikehendaki mengisi 3 jenis cita-cita yang berlainan dalam borang maklumat pelajar. Semasa itu, saya seperti orang lain jugak, tidak tau apa yang diingini...
So, saya letaklah nak jadi peguam sebagai pilihan pertama, guru sebagai pilihan kedua dan jika saya tidak mencapai apa yang saya cita-citakan itu jugak, maka pilihan terakhir saya ialah menjadi seorang jururawat...
itu, cita-cita dahulu...sebenarnya saya sendiri pun tidak tau sama ada cita-cita saya itu akan tercapai ataupun tidak..
Semasa saya belajar di Universiti Utara Malaysia, Sintok , Kedah pula...cita-cita saya tu dah jadi seperti angan-angan..Sebab saya mengambil kursus Pengurusan...Semua kursus itu, jauh daripada cita-cita asal saya...Apa yang saya tau, saya belajar untuk menghabiskan pengajian..
Selepas mendapat ijazah, saya mencari-cari apa yang saya kehendaki dalam hidup saya..sebenarnya apa yang saya mahu?....
Dan akhirnya saya mendapat pekerjaan sebagai kerani "ádmin" di sebuah kilang di Tampoi, Johor Bahru...walaupun saya lulusan universiti, tetapi itulah pekerjaan pertama saya untuk mencari pengalaman bekerja.
Tidak sampai setahun bekerja, saya telah dinaikkan pangkat sebagai kerani gred A. Rezeki....
Tidak lama kemudia, saya berkahwin.......
Bermulalah episod saya sebagai surirumah berkerjaya...
Bukan saya mengeluh dan bukan saya menafikan....sebagai seorang surirumah berkerjaya sangat-sangatlah memenatkan....
Pergi pagi-pagi dan balik rumah petang-petang...itulah rutin saya setiap hari...biasalah kan bekerja di sektor perkilangan ..sudah tentu mengikut waktu pejabat...
Akhirnya saya bertukar kerja dan menjadi pegawai personalia pula...ini bersesuaian dengan kursus yang saya ambil di UUM...saya ingatkan pekerjaan ini sesuai dengan saya, namun sebagai seorang pegawai ( orang kilang tidak panggil pegawai tapi officer...)di sebuah syarikat orang Singapura..cabaran nya memang tinggi...Dari asst. officer, saya dinaikkan pangkat menjadi officer...tidak lama kemudian saya dinaikkan pangkat menjadi senior officer...
Seronok?...memanglah seronok....
pangkat semakin naik.....
gaji pun semakin naik....
sampai saya gaji saya tidak layak untuk claim overtime....
Kerjanya??? cukup-cukup memenatkan...
Penatnya menyebabkan saya berfikir semula tentang cita-cita saya menjadi seorang guru...
Akhirnya, saya nekad untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan mengambil Diploma Pendidikan... Selama setahun belajar, maka saya akhirnya mencapai jua cita-cita saya yang menjadi pilihan kedua dulu...
Saya ingatkan , apabila saya menjadi seorang guru, saya akan lebih relex.....perghhhhh.....
Penat juga....
Penat-penat pun saya tetap menjadi seorang guru dan surirumah berkerjaya.....
Sekarang saya baru tau, bahawa kerjaya seorang guru begitu mencabar sekali.....bukan seperti tanggapan masyarakat, bahawa kerjaya guru ini kerjaya yang mudah...kerja separuh hari sahaja....
Di masa sekarang, kerjaya seorang guru seperti orang yang bekerja di pejabat...Tetap balik lewat juga...kadang-kadang kerja tu sampai dibawa ke rumah....lebih memenatkan...
Hanya jauhari yang mengenal manikam, begitu jugalah kerjaya guru ini, hanya guru sahaja yang memahaminya...
Berbalik kepada surirumah bekerjaya....apabila saya pulang ke rumah semula, saya adalah seorang surirumah.....rutin saya seperti surirumah yang lain...
memasak...
mengemas....
mencuci pakaian...
dan lain-lain lagi...
Begitu memenatkan...kadang-kadang saya terfikir kenapa saya tidak menjadi seorang surirumah sepenuh masa sahaja......
Tapi kini saya pasrah....itulah pekerjaan yang saya ingin capai semasa saya di tingkatan 1 lagi....

Sabtu, Januari 08, 2011
Mati adalah Pasti....
Tahukah anda….jika anda menggosok belakang tapak tangan anda dengan menggunakan telapak tangan sebelah lagi….cuba anda dengar bunyi geseran tersebut…jika anda masih lagi mendengar bunyi geseran tersebut…alhamdulillah… ini bermakna anda masih boleh menarik nafas lega kerana umur anda masih lagi panjang…
akan tetapi jika anda tidak mendengarnya..walaupun sudah beberapa kali menggosoknya…bermakna cepat-cepatlah anda bertaubat..kemungkinan umur anda tidak panjang dan tinggal beberapa minggu sahaja….Cubalah…
Sebenarnya, saya sendiri pun takut untuk mencubanya…takut untuk menghadapi hari-hari terakhir kematian….bukan apa…bekalan belum cukup untuk di bawa ke alam tersebut…
Bagaimana dengan mereka yang sudah tau jangka hayat hidup mereka...cuma tinggal 3 bulan sahaja.....mesti mereka takut untuk menghadapi hari-hari terakhir mereka...
Teringat kisah di kampung saya dulu…..ada seorang budak lelaki yang sebaya dengan saya…dia tidaklah pandai sangat....kerjanya adalah membantu emak dan bapanya menjual ikan dan sayur dengan menggunakan kereta sahaja…setiap hari dia melalui hadapan rumah saya…
Tiba-tiba saya perasan bahawa saya sudah lama tidak melihat dia berniaga…..apabila saya bertanya kepada emak saya….emak saya mengatakan bahawa dia sudah meninggal dunia…..
“Sakit apa, mak?”...
“Mak pun tak taulah…..Tapi yang mak dengar cerita..siangnya dia sihat aje…malamnya dia makan banyak buah anggur… lepas tu dia sesak nafas…”
“lepas tu apa jadi mak?”
“Emak dia bawaklah ke hospital… dalam sesak-sesak nafas tu ..dia cakap ngan mak dia…..”
“Mak!!!!...abang tak mau mati lagi……abang tak mau mati….
“Mak!!! abang takut mati….. abang takut mati….
Tak lama masuk wad kecemasan… terus dia meninggal…..Inalillah….
Semua orang takut mati tetapi kematian adalah sudah pasti bagi sesuatu yang hidup….
Dan kita tidak tau bila kematian akan menjemput kita…entah hari ni…malam nanti?….esok?…minggu depan?....tahun depan?....entahlah kita pun tidak tau bila…
Teringat saya dengan arwah ayah long saya….sihat sahaja…jarang sakit-sakit…tup…tup….
Pukul 3.30 pagi, tiba-tiba telefon saya berbunyi …terkejut saya bila telefon berbunyi masa-masa macam gini…mesti ada berita yang tak baik berlaku…..
Sah….memang betul pun tekaan saya…
"Kak siti, abah masuk CCU…kritikal….. sekarang kat HSI…."
CCU? Apa tu?...ICU tu biasalah aku dengar…
OOO rupa-rupanya macam ICU juga tapi CCU khas untuk pesakit jantung…
Semalaman masuk CCU, ayah long saya pun meninggal….
Sampai sekarang saya masih merasakan ayah long saya masih ada di dunia ini….Al-fatihah…
Adakah anda tidak takut mati?????


Khamis, Januari 06, 2011
SEBIJI EPAL..... Mahkota seorang gadis......


Selasa, Januari 04, 2011
KERING SEBELUM WAKTUNYA.......
"Kirim salam yea pada Pak Haji....." Pesan saya kepada Cikgu Mahani...Pak Haji manalah yang mahu dijumpanya tu...selama ini yang saya tau Pak Haji inilah penyelamat saya di awal-awal tahun ini...
Pak Haji ini sangat berjasa kepada saya...bukan kepada saya tetapi kepada semua cikgu-cikgu juga...Kekadang Pak Haji ini jugalah yang menjadi penasihat kewangan kepada keluarga saya....
Siapa yea?...siapa lagi kalau tidak... TABUNG HAJI lah....banyak betul pengurusan akhir tahun dan awal tahun yang perlu dilakukan...banyak wang yang perlu dilaburkan dan juga dileburkan semata-mata untuk kebahagian anak-anak dan keluarga...
Jadi, di sinilah tempat yang sesuai untuk saya mengadu nasib...sebab apa saya perlu ke sini?...Sebab...bulan ni saya sudah kering sebelum waktunya......
Saya rasa, bukan saya sahaja yang mengalaminya...semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah ..sudah pasti akan mengalami situasi ini...Sama ada tidak merujuk kepada Tabung Haji ..mungkin juga merujuk dengan bank-bank lain, mungkin juga ASB, atau lain-lain....Tetapi kalau dah susut sangat, janganlah sampai pinjam dengan ALONG....BAHAYA...
Berbalik kepada kes saya...Manalah saya tidak kering...banyak betul yang perlu saya belanjakan...Sudah jenuh saya berjimat cermat namun masih juga tidak mampu untuk memenuhinya...Untuk anak-anak sahaja, saya perlu memperuntukkan lebih kurang RM500.00 seorang ... itu merangkumi pakaian, kasut, yuran, alat tulis, buku-buku...dan lain-lain lagi... ...
Bayangkan anak saya yang bersekolah sahaja seramai empat orang...mana saya hendak mencari wang untuk membayar bil-bil lain...memang perbelanjaan melebihi daripada simpanan...
Dalam banyak-banyak perbelanjaan, perbelanjaan untuk anak yang baru memasuki tadika...lagilah mahal...melebihi perbelanjaan kakak-kakaknya...KONTANG memang KONTANG....
Oleh itu, pada tahun ini saya rasa perlulah bagi saya merangka strategi perbelanjaan yang lebih telus lagi supaya saya tidak akan KONTANG lagi pada awal tahun hadapan...Lebih berjimat cermat lagi....Jadikan pengalaman ini sebagai pedoman di awal tahun hadapan...
Untuk anak-anak, dengarlah dan perihatinlah dengan keluhan-keluhan ibu bapa anda....Kesianilah mereka...janganlah semata-mata memenuhi keselesaan diri anda, anda tidak menghiraukan keperitan ibu bapa anda...

Langgan:
Catatan (Atom)