Jumaat, Januari 14, 2011

CINTA MONYET VS CINTA KAMPUS...

cinta monyet..... Selalunya apabila kita memperkatakan tentang cinta monyet ini, kita akan menggambarkan atau mengimbas kembali kenangan semasa berada di alam persekolahan..terutama sekali semasa menuntut di sekolah menengah... Kalau ditanya pandangan orang-orang yang dewasa seperti saya ni.. cinta monyet adalah cinta main-main...atau cinta budak-budak...atau cinta budak sekolah... Saya pun tidak tahu kenapa, cinta tersebut dipanggil cinta monyet...agaknya..budak-budak sekolah ni masih lagi tidak dapat berfikir secara rasional...masih masih lagi muda dan masih terkinja-kinja macam species haiwan tersebut sama ada untuk mengurat atau bercinta...untuk merasai alam percintaan ini, mereka dengan selamba dan tersenggih-senggih bangga kerana mempunyai kekasih walaupun masih bersekolah...... Selalunya cinta monyet ini hanya berlangsung ketika di alam persekolahan sahaja...apabila sudah melepasi alam persekolahan dan memperoleh keputusan peperiksaan PMR atau SPM, masing-masing sudah membawa haluan sendiri...kebanyakannya terputus di tengah jalan.. Bukan saya menafikan bahawa cinta monyet ini tidak akan membawa ke alam perkahwinan..tetapi peratusannya adalah sangat kecil..Cinta monyet ini juga telah melahirkan sebuah keluarga bahagia kepada kawan rapat saya sendiri...tetapi bila dah jadi macam gini, barulah boleh di katakan cinta sejati.. walaupun begitu, kebanyakan cinta monyet ini menjadi pengalaman pahit di alam persekolahan...Pengalaman yang menjadi tunjang bagi mereka yang pernah merasainya..dan menjadi panduan yang sangat berguna kepada mereka.. semasa persekolahan, tumpuan pelajar hanyalah berada di lingkungan persekitaran rumah dan sekolah sahaja...jadi, mereka masih lagi tidak terdedah dengan masyarakat luar yang lebiha luas.. Cinta monyet memang indah...seindah pasangan kekasih di filem-filem di pawagam kita..tetapi yang harunya ialah para ibu bapa dan guru-guru.. Ibu bapa akan di panggil jika kisah percintaan melampau mereka dapat dihidu oleh guru disiplin... Di sekolah, budaya cinta monyet ini sudah semakin menular dan semakin serius dari hari ke hari...Pernah di hadapan saya, sepasang merpati dua sejoli sedang menuruni tangga sekolah selepas loceng akhir berbunyi.. tanpa segan silu, si gadis menyalami tangan sang kekasihnya serta mencium tangannya.... wah!..sungguh hebat sekali penangan cinta monyet ini... Peristiwa itu, saya alam emapat tahun dulu...sekarang saya dengar masing-masing sudah mencari haluan sendiri...kira-kira sudah putuslah... Tetapi yang lebih menggemparkan sekali apabila seorang pelajar lelaki mahu membunuh diri pabila percintaanya putus di tengah jalan....Apalah nak jadi...kan ramai lagi perempuan yang cantik-cantik... Tetapi yang jelas...sehingga sekarang, saya belum lagi mendengar ada pasangan kekasih di sekolah ini yang telah berumah tangga dengan kekasih mereka..yang pasti mereka akan berkahwin juga tetapi dengan orang lain... Cinta kampus? Cinta lebih menarik sekali...cinta ini lebih kepada belajar bersama-sama.. kemana-mana berdua-duan sahaja..sehingga siswa dan siswi naik jemu melihat gelagat mereka...sentiasa berdua... Cinta ini lagi hebat penangannya...mereka jauh daripada ibu bapa dan gangguan orang lain..mereka juga jarang ditegur oleh pensyarah-pensyarah...asalkan mereka lulus dan tidak gagal, mereka masih lagi boleh meneruskan pengajian.. Teringat saya, semasa menuntut di UUM dahulu...jika malam menjelma sahaja, kolej kami yang terdiri daripada pelajar perempuan..akan didatangi oleh beberapa kenderaan yang menunggu pasangan masing-masing untuk berjumpa dengan mereka...ala-ala filem "Ali Setan" gitu... sementara yang masih belum mempunyai kenderaan , sanggup berjalan kaki menunggu di meja-meja yang seperti di"booking" khas untuk mereka berdating, makan atau belajar bersama-sama... Yang meriahnya...pasangan-pasangan ini melibatkan semua kaum.... Ada juga pasangan ini yang berjaya mengakhiri percintaan mereka hingga ke jinjang pelamin...takan tetapi, ada juga yang kantoi di tengah jalan... bila dah bekerja, masing-masing mencari pasangan yang lain pula... Baiknya, cinta kampus ini ialah..mereka semua sudah mula berfikiran matang...tidak seperti cinta monyet...kata orang masih menggunakan akal yang pendek.... Dan selalunya..kebanyakan cinta kampus yang saya ketahui..alhamdulillah berakhir dengan kebahagiaan...hanya seorang dua yang berakhir dengan kedukaan... Apa-apa pun..sebenarnya Allah telah tetapkan dengan siapa jodoh kita...jadi terimalah sebaik-baiknya... Jika kita pernah mengalami kedukaan dalam percintaan... ambillah ia sebagai panduan dan pengajaran yang paling berharga untuk kita mencari pasangan yang lebih baik lagi.. Sesungguhnya cinta kepada ALLAH adalah cinta yang kekal...

2 ulasan:

suzieapai berkata...

tringat pulok berdating kt kolej Telekom dulu...ms k yam blajo uum dulu, tasik gutrie dh ade ke blum? tempat bertenet lagi di kenang....hikss

Tinta Emas berkata...

Tasik tu mmg dh ada...tasik buatan manusia...tempat bebudak PALAPIS lepak-lepak...Akak dulu duduk di kolej MAS...nun jauh ....so tgk tasik kecik kt belakang tu aja....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...