Saya tak tahu dari mana patut saya mulakan. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman yang selama ini terpendam di lubuk hati. Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar.
Begini...biar saya mulakan dengan perjalanan hidup saya yang tampak mudah. Saya seorang lelaki yang langsung tidak pernah kisah dengan apa yang saya lakukan. Falsafah hidup saya senang, tak ambil peduli apa orang cakap.
Mungkin kerana wang ringgit yang melimpah, saya jadi lupa diri. Tapi betul ke begitu...saya sendiri pun tak tahu!. saya juga tidak pasti. Biarlah orang lain sahaja menilainya dan saya pasrah andai tiada siapa yang mampu memaafkan saya.
Sejak kecil saya tidak pernah dididik untuk mengambil endah perihal orang lain. Sikap ayah yang pentingkan diri sendiri mempengaruhi saya menjadi anak yang bongkak, apatah lagi saya anak tunggal.
Saya akhiri zama bujang pada usia 30 tahun. Perkahwinan dengan Ellyanti cukup bahagia. Kami bagaikan belangkas yang langsung tak pernah berenggang. Ke mana saja kami pasti berdua.
Elly melayan saya cukup istimewa. Biarpun usianya baru mencecah 18 tahun namun saya lihat tidak ada cacat celanya elly sebagai isteri. Dia terlalu baik dan saya rasa bertuah memilikinya.
Kalau dahulu hidup saya tunggang langgang, setelah status suami saya peroleh, banyak perubahan berlaku. Sebahagian besar secara mendadak! saya tak lagi pernah jejakkan kaki ke disco mahupun mencari gadis-gadis sebagai buah tangan untuk dibawa pulang sebagai hiburan di hujung minggu.
Segala-galanya saya lupakan. Saya benar-benar bahagia. Hidup saya hanyalah untuk elly. Makan pakai saya lengkap dan terurus. Pergi dan balik kerja saya dilayan sepenuhnya.
Saya sebenarnya seorang lelaki yang cukup bakhil dengan cinta, tapi dengan elly semuanya saya curahkan. Tiga tahun mengenali elly sebelum kahwin, sepanjang tempoh itu saya langsung tak pernah setia.
Mungkin kerana itulah ketika diijabkabulkan saya lihat ada titisan air mata di pipi elly. Sedangkan saya... hanya pelengkap syarat! Yalah...selepas bertunang kami disatukan dengan restu keluarga kedua-dua pihak.
Alhamdulillah...saya bahagia sehingga saya lupa sejarah silam. Saya jauhi perkara mungkar dan mula membina hidup baru.
Tiga tahun usia perkahwinan kami, elly mendapat tawaran menjadi pramugari dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.
Rupa paras elly yang ayu dan bentuk tubuh yang cantik, memudahkannya diterima sebagai pramugari. Memang itu pun cita-cita yang pernah disuarakannya pada saya sebelum kami kahwin lagi. Sebahai suami saya merestuinya!
Sejak itu, setiap kali elly terbang saya terpaksa mengurus diri.
Suatu malam, elly pulang daripada bertugas dalam keadaan muram. Saya sangkakan dia keletihan, saya biarkan saja. Esoknya baru saya diberitahu..."Elly mengandung , banggg!"
saya gembira bukan kepalang. Doa saya telah dimakbulkan Tuhan. Saya peluk elly sambil menyanyi-nyanyi, namun elly terus-terusan muram. Kegembiraan saya terbantut. Saya renung wajahnya dalam -dalam, air matanya tumpah lagi.
"Kenapa elly? Kenapa???"tanya saya.
Elly menggeleng-gelengkan kepala. Dia tunduk memandang lantai. Lama saya menanti, perlahan-lahan elly mengangkat mukanya dan memandang tepat ke dalam mata saya yang masih setia menunggu jawapan.
"Ingat tak abang...dulu elly pernah berkorban untuk abang. Dua kali elly lakukan atas permintaan abang. Kalau elly rela berkorban untuk abang, kali ini kita lakukan untuk elly?" ucap elly dalam kesenakan.
Tangkai jantung saya tersentap. Segala-galanya benar kata elly tu. Tapi ketika itu saya belum sedia,sekarang saya sudah sedia menjadi ayah.
"Boleh bangggg!"elly bersuara manja.
Tubuh saya longlai tidak bermaya. Air mata yang entah sudah bertahun-tahun tidak tumpah jatuh tiba-tiba. Saya kecewa!
Kata elly dia sayangkan kerjayanya. sebagai pramugari dia sememangnya tak dibenarkan hamil.
Lalu di sebuah klinik swasta Kuala Lumpur, sekali lagi janin itu kami gugurkan. Saya yang menunggu di luar bilik bedah menanggis semahu-mahunya.
saya tak menyalahkan elly. Benar, mungkin dia belum bersedia menjadi ibu seperti saya yang tak sedia menjadi ayah satu ketika dahulu sehingga dua janin digugurkan.
Tahun silih berganti. saya masih di sini, keseorangan tanpa anak-anak memanggil ayah. Ada rasa cemburu dalam diri setiap kali saya melihat anak-anak jiran berdakapan dengan ayah dan ibu masing-masing.
"elly janji, tiga tahun lagi elly mengandung." terngiang-ngiang kata-kata elly. Malangnya genap sembilan tahun usia perkahwinan kami - saya masih sendirian...
Kini, saya masih menanti penuh setia. Namun perut elly masih kempis. Ramping macam zaman anak dara. elly tetap tak berubah. Masih cantik jelita sedangkan saya semakin dimamah usia.
Biarpun begitu hubungan kami masih kental. Sayang saya pada elly sedikit pun tak berkurangan. Saya masih dan akan tetap menyayanginya seperti diawal perkahwinan kami dahulu.
Kini saya diburu rasa sunyi. Sunyi yang teramat sangat. Dan ketika bersendirian itulah suara tangisan anak kecil kedengaran memenuhi ruang kondominium kami yang terletak di pinggir bandar raya.
Setiap kali elly tak bertugas, kami menemui doktor, bahkan cara kampung pun kami lakukan, niatnya cuma satu - mahukan anak , tapi setakat ini ikhtiar kami tandus.
Beberapa kali elly memohon ampun di atas perbuatan menggugurkan kandungan ketiga itu, namun saya juga berdosa mencadangkan dua keguguran atas alasan belum sedia.
Apalah daya saya, suratan takdir menentukan begitu. Mungkin juga balasan Tuhan kerana semasa diberi kami menolaknya. Sesekali saya berdialog sendiri..."Kenapa aku tak dapat anak?"
saya kemudian seolah-olah mendengar suatu suara berkata "Dulu tak mahu kan, tak payahlah sampai bila-bila!"
Elly, ahhhh.... dia masih terbang di awan bersama cita-cita dan impiannya. Biarlah....biar saya sahaja menghadapi semua ini.
Kini ada kalanya, waktu bersendirian di malam hari, saya terdengar-dengar akan suara kanak-kanak memanggil...ayah! ayah!
Rasa kecewanya bukan kepalang. Sesekali yang lain, tanpa segan silu saya menanggis....menanggis sepuas-puasnya mengenangkan hukuman yang Tuhan jatuhkan pada saya.
Namun saya redha!..
Nukilan
2 ulasan:
saat terbentuknya embrio itu... satu nyawa tercipta... sedihnya apabila dibunuh...
balasan Tuhan bagi mereka yang tidk menghargai pemberian Nya...mudah2an jangnlah Tuhan tarik rezekiku..
Catat Ulasan