Jumaat, Februari 04, 2011

Apakah hukum membeli insurans nyawa?

Tadi suami saya membeli akhbar Kosmo, Suara Kontemporari.. Saya jarang membeli akhbar ini dan tidak begitu meminatinya..Selesai sahaja membasuh kain dan mengemas dapur, saya pun menyelak sehelai demi sehelai akhbar ini... Tertarik pula saya dengan satu ruang soal jawab agama berkenaan soalan "Apakah hukumnya membeli insurans nyawa?"
Secara ringkasnya dapatlah dinyatakan disini bahawa satu persidangan Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans pada hari ini adalah HARAM...
Insuran nyawa ini juga adalah sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Isalam iaitu mengandungi gharar ( ketidaktentuan), mengandungi unsur judi dan mengandungi muamalah riba..
Judi dan riba???...

Hukumnya pun HARAM....tak berkatlah hidup kita jika kita bersubahat dengan membuat pelaburan ini...

Katanya lagi, masyarakat sekarang masih lagi mempunyai pilihan lain dengan memilih sistem takaful. Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan ( tijari ), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur riba, perjudian atau ketidakpastian dalam kontarak dan pengendalian perniagaan takaful itu.

Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan atau kerugian tertentu yang dikenali sebagai tabarru'.

Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin dan melindungi sesama mereka. Ini merupakan teras kepada sistem takaful yang menjadi unsur ketidaktentuan dibenarkan dalam kontrak takaful.

Begitulah apa yang telah dijawab dalam persoalan hukum insuran nyawa..

Dahulu, jiran saya telah mencadangkan kepada saya supaya membeli insuran nyawa dan pelajaran anak-anak saya daripada syarikat insuran yang ada logo singa...

Biasakanlah..jadi agen insuran ni, mulut memang manis so saya pun masuklah group insuran tersebut....Bila saya menyertai industri pendidikan , banyak informasi yang saya peroleh mengenai terdapatnya unsur ke tidaktentuan, judi dan riba dalam pelaburan syarikat insuran ini...

Akhirnya saya membatalkan semua insuran nyawa dan insuran pelajaran anak-anak saya dalam syarikat ini...Saya tidak mahu dikatakan subahat dalam pelaburan tersebut...

Sekarang saya membeli insuran takaful... Sebagai seorang pendidik, saya tidak mempunyai perlindungan insuran ..saya pun tidak tahu kenapa kami semua tiada potongan PERKESO...daripada mati tidak tinggalkan apa-apa, saya fikir saya patut melaburkan duit sedikit untuk membuat tabungan bersama insuran takaful...Yang pastinya SELAMAT....

"Tertarik dengan insuran takaful MAA - takaful haji.."
WASSALAM...

4 ulasan:

Kalamhati berkata...

saya pun hanya masuk takaful je..

CTE berkata...

sesiapa yg sudah tahu kebenarnya...wajib tukar insuran nyawa kepada takaful...

Little Nyonya berkata...

blog cikgu ini show di search result saya pasal life insurance. Masyallah, kecik betul dunia ni, cikgu ingat lagi tak anak murid cikgu masa tingkatan 3 di smk taman daya 2? Nazly Mahyunni.
dah 5 tahun saya cuba update pasal cikgu tapi tad dapat.

Tinta Emas berkata...

hai Litte Nyonya...

Saya masih terbayang2kan awak lagi.. yang mana awk mahu berpindah sekolah ke BP krn mengikut keluarga..

betul tak Nazly Mahyunni??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...