Khamis, Februari 10, 2011

Tajuk Kerja Kursus Geografi PMR Dah Keluar....

Entry ini khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan mengambil peperiksaan Menengah Rendah (PMR ). Untuk makluman anda semua, tugasan untuk kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi dan Sejarah telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi mata pelajaran Geografi, di sini saya nyatakan tugasan-tugasan tersebut yang boleh anda pilih sesuai dengan lokasi tempat tinggal anda. Contohnya di Taman Daya atau Taman Setia Indah. Sila pilih hanya SATU tugasan sahaja.

Tugasan 1 : PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Calon dikehendaki menjalankan sat kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara-perkara berikut:-

  • Konsep pencemaran alam sekitar
  • Jenis pencemaran alam sekitar
  • Punca pencemaran alam sekitar
  • kesan pencemaran alam sekitar
  • cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
  • penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

ATAU

Tugasan 2 : PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN ( TELEKOMUNIKASI )

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi ) di kawasan kajian.

Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Konsep dan jenis sistem perhubungan
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan
  • Kepentingan sistem perhubungan
  • kesan negatif perkembangan sistem perhubungan
  • cadangan untuk mengurangkan kesan perkembangan sistem perhubungan
  • penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian...

Untuk mendapatkan panduan yang lengkapdalam melancarkan lagi penulisan kerja kursus anada, sila klik di sini.

Ini pula adalah soalan bagi kerja kursus Sejarah PMR. Sila buat tugasan 1 dan tugasan 2.

Tugasan 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan institusi tempatan yang terdapat di negara kita berdasarkan satu daripada tajuk berikut:

i) Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT )

ii) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah

iii) Pentadbiran Komuniti Setempat.

Tugasan 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuhkan integrasi nasional di negara kita?

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai penulisan hasil kerja berdasarkan aspek-aspek penting , sila klik di sini

Kepada semua pelajar, mulalah membuat kerja kursus tersebut dari sekarang.

Wasallam

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fda tak suka subjek geog... :((

TS berkata...

geografi nye tugasan yg no. 2 tu cam menarik je nak wat..
teringat plak nk wat kerja kursus geog ni..punyela serabutnye..hehe

Tinta Emas berkata...

Dulu saya pun x suka subjek ini....suka tak suka, tetap kena buat jugak...bila posting dulu...hanya subjek ni yg x de cikgu...so kenalah ajar...sekarang dah jadi suka....

eyka seget berkata...

erm,,terima kasih cikgu sbb kasi link kerja kursus,..senang sikit kerja saya,..hihi,.(:,..tapi kalau saya x tahu macam mane nak buat nanti saya jumpa cikgu boleh,.(:

eyka seget berkata...

erm,,cikgu terima kasih cikgu sbb kasi link kerja kursus,..senang sikit kerja saya nanti nak buat,..hihi,.(:,.tapi kalau saya x tahu macam mane nak buat saya jumpe cikgu boleh,.(:

eyka seget berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Boleh kongsi dengan anak murid kat sekolah ni~

XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...