Ahad, Februari 06, 2011

Kesian 'mung' Ameng!

Tadi pagi, saya terbaca cerita tentang penyanyi Ameng Spring yang telah ditangkap kerana kes dadah lagi...masa first time saya tengok bulatin TV3 hari tu, muka dia dan isterinya diblurrkan agar tidak dapat dikesan oleh penonton.. namun saya memamg telah dapat meneka bahawa penyanyi tersebut memang ameng... Bila saya tengok dalam ruangan panas seminggu bersama Joyah pagi ni, memang dah nyatalah bahawa penyanyi tersebuta adalah orang yang saya teka... Menurut joyah, tahun lepas, Ameng telah ditahan kerana dadah...dia ingatkan Ameng sudah buat taubat nasuha dan tidak mahu sentuh lagi benda itu lagi...malangnya, tak sampai setahun keluar lagi cerita ameng kena tangkap sebab benda yang sama, ganja... Memang masalah kali ini bertambah besar, sebabnya ameng kena tangkap dengan isteri dia sekali...

Dalam ruangan tersebut juga, Joyah umumkan bahawa dia sudah hilang percaya dengan penyanyi tersebut selepas berkali-kali ditipu....kali pertama berlaku, joyah ni okey lagi, kali ke dua pun, masih boleh bertimbang rasa. Tetapi ini sudah kali ketiga, apa maknanya tu?Joyah tidak boleh tolong lagi... Itulah pandang joyah tentang penyanyi tersebut... Teringat saya peristiwa 2 minggu lepas semasa saya sedang berbual-bual dengan suami saya...Suami saya ni bekerja di melaka, berkawan pulak dengan salah seorang VIP di jabatan kerajaan. VIP tersebut selalu meminta suami saya menemaninya untuk berjumpa dengan VIP yang lain...kebetulan pula terjumpa pula dengan penyanyi Ameng ini...

Menurut suami saya, suara ameng ni memang merdu sehinggakan dia meminta ameng menyanyi life di hadapan dia dan VIP-VIP yang lain...memang sebijik betul suaranya macam dalam CD...masa tu dia membawa isteri serta anaknya sekali...kata suami saya, isterinya adalah orang melaka, so memang selalulah dia pergi ke melaka... Bila saya cakap orang yang ditahan dalam berita TV3 tu adalah Ameng..dia macam tak percaya...sebab katanya, kalau tengok keadaan fizikal ameng tu bukan macam penagih dadah....Tapi sekarang kenalah percaya....

Kita tutup kisah Ameng la yea....ni nak cerita tentang kalau cikgu pulak yang menjadi penagih dadah....janganlah kata tak ada kes cikgu menangih dadah...cikgu2 ni pun manusia biasa dan tak semua yang sempurna... kalau cikgu tersebut menagih dadah, kena buanglah cepat tabiat tu...sangat merugikan...kata kawan saya, kalau cikgu ni meninggal dunia barulah menguntungkan sebab isterinya akan tetap mendapat pencen...tapi kalau masih tak meninggal juga dan dibuang kerja....menangis tak berlagulah keluarganya sebab bila dah dibuang kerja, pencen dan imbuhan yang lain memang tidak akan dia dapat....bukan ke rugi... Jadi janganlah sampai bunuh diri pulak yea...
Wassalam...

3 ulasan:

Nurul Atiqah berkata...

dasat ah ameng ne...adoi2

suzieapai berkata...

tiap kali tgk kt brite psl penangkapan remaja2 krna kes dadah sy cukup kesian & simpati....semuanya punca duit...dan takde keje....takde org dm dunia ni yg nk jadik penagih...bila dh terjebak, sendiri mau igtla...mintak2 kita semua di jauhkan...

Tinta Emas berkata...

Nurul Atiqah : mmg x insaf2....sekali terjebak, mmg susah nak jauhkan...

Suzie: mudah2an kita dan anak2 kita dijauhkan yea...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...