Sabtu, Februari 12, 2011

Larian Perdana Mahkota a.k.a Larian Daya..

Gembira.... sukaria.... teruja..... dan yang pasti.... MEMENATKAN!!!!!!
Inilah yang dapat dituliskan...

Semua pelajar dikumpulkan di padang untuk diberi taklimat terakhir. Bila dah berkumpul ramai-ramai begini, segala arahan guru sudah tidak didengari...kesian kepada cikgu cikgi yang cuba mengawal keadaan... tidak tau mana satu guru dalam kumpulan pelajar yang besar ini...

Para pelajar bersama-sama cikgu cikgi memulakan sesi memanaskan badan sebelum memulakan larian..Sesi ini diketuai oleh cikgi baru iaitu cik syamimi...

Dah macam dalam penjaralah bebudak nie...he he he.. Kalau tak tutup pintu pagar nie...para pelajar ni tak sabar-sabar untuk berlari...nanti keputusan tak valid pulak...

Ayuh larilah kuda ku lari..... Dengan penuh semangat, para pelajar perempuan SMKTD2 ini berlari..semangat inilah yang perlu diteruskan untuk kejayaan sekolah dan negara... chewaahhhh....

Ini sahaja gambar yang sempat saya tangkap..selepas pelajar-pelajar lari , saya kena bertugas pulak di bahagian pencatat pemenang...kerja akhir...jadi tak sempat nak ambil gambar lagi..sibuk catat nama pemenang sehingga no 100 lelaki dan perempuan...lepas tu, kena kira markah pasukan rumah pulak...

sebenarnya para pelajar yang menyertai larian ini dikenakan bayaran RM2 dan akan diberikan sijil penyertaan. Ini kerana larian ini adalah peringkat Negeri Johor...maka automatik, pelajar akan mendapat 14% markah dalam ko-kurikulum... kira berbaloi la...

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang datang meramaikan lagi larian ini... Akhirnya, yang menang mendapat pingat...yang tidak menang usaha lagi di tahun hadapan...

Pasukan Hijau dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan diikuti dengan pasukan Jingga..Saya pasukan hijau dan anak-anak saya pasukan Jingga...kira okeylah tu kan...pasukan rumah emak berentap dengan pasukan rumah anak...

Kita tunggu kejohanan Sukan SMKTD2 nanti...

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...semangat kesukanan pulak!

wassalam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...