Ahad, Februari 20, 2011

Menghormati dan menyayangi GURU...

Selamat pagi semua..

Pagi ini saya nak kongsikan apa yang telah saya baca baru-baru ini...saya rasa semua orang tau tentang hal ini...dan anda sebagai pelajar pun sudah didedahkan tentang perkara ini berulang kali...

Namun, saya rasa tajuk ini sangat penting...lihatlah pelajar2 yang telah berjaya sebagai contoh...mereka semua mengamalkan petua ini....

Anda tidak mahu berjaya ke???

Jika hendak, amalkan adab-adab di bawah....Ini bukan saya reka yea tapi daripada pembacaan saya...

Guru adalah ibu bapa kedua bagi pelajar. Jika ibu bapa melahirkan anda dan menyediakan segala keperluan fizikal seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, guru pula mendidik, mengajar dan memberi pengisian rohani kepada anda..

Sebab itulah anda hendaklah menimbulkan dan mewujudkan kasih sayang kepada guru...Sentiasalah mendoakan guru seperti mana kita mendoakan kedua-dua ibu bapa anda. Anda hendaklah menghormati guru, dan sentiasa menjaga adab2 kepada guru.

Adab Umum Anda Terhadap Guru.....

  • Mendahului mengucap salam apabila bertemu dengan guru.
  • merendahkan diri di hadapan guru, walaupun usianya lebih muda.
  • sentiasa memuliakan dan menghormati diri guru dan majlisnya
  • pandang guru dengan pandangan hormat
  • mencium tangan guru yang soleh, tanda hormat dan kasih kepadanya.
  • patuhi segala permintaannya selagi tidak bertentangan dengan syariat
  • jangan menjawab soalan orang lain sebelum dijawab guru
  • tidak hanya bercakap dengan orang lain di dalam sesuatu majlis hingga mengetepikan guru.
  • tidak mengatakan ada pendapatnya yang bersalahan dengan pendapat guru lain
  • maafkan kesilapan guru, sama ada diminta atau tidak
  • jangan berburuk sangka terhadap perbuatannya yang buruk pada zahirnya kerana dia lebih mengetahui rahsianya.

Adab Anda Terhadap Guru di Dalam Kelas...

  • Berdiri ketika guru masuk kelas
  • menghadap atau melihat mukanya ketika guru sedang mengajar atau berkata-kata
  • duduk dengan sopan
  • jangan melintas di hadapan guru kecuali meminta izin
  • dengar apa yang dikatakan oleh guru dengan berhati-hati
  • jika bertanya, bertanyalah dengan sopan
  • jangan meninggikan suara terhadapnya
  • hendaklah banyak mendengar dari bercakap
  • minta kebenaran guru jika mahu keluar kelas. sebaik-baiknya tunggu sehingga kelas selesai.

Adab Anda Terhadap Guru di Luar Kelas...

  • Jangan segan silu untuk bertanya dan berinteraksi dengan guru
  • berpakaian kemas sebelum berjumpa guru
  • jangan bergurau-gurau atau ketawa dengannya..
  • jangan rasa jemu bersama guru
  • jangan banyak bertanya ketika guru anda tidak selesa menjawabnya
  • membelanya jika ada orang memburukkannya
  • tidak memusuhi orang yang dikasihinya
  • doakan kesejahteraan guru sepanjang hayatnya
  • menjaga keluarganya ketika ketiadaannya
  • menziarahi kuburnya setelah guru anda meninggal dunia..
CTE : Baca baca buku PETUA PELAJAR CEMERLANG , petua Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah....ternampak pula tajuk ni.....salah satu petuanya so saya nak kongsikan jugak.....

Harap Anda boleh jadikan panduan untuk menjadi pelajar yang cemerlang...

Wassalam

10 ulasan:

whitecappuccino berkata...

Pelajar2 patut baca ni..

Unknown berkata...

selamat tengahari cikgu Cte...

alhamdullilah, dapat singgah sini...dan ziarah ke blog sahabat baru..
menarik entry2 cikgu

ayu minta izin masuk ke memebr blogger yer..

PS: terima aksih berkongsi pengalaman dan pengetahuan...insyallah..nak serapkan pada Umai dan anak2 saudara yang lain..

Tinta Emas berkata...

whitecappuccino: ya...pelajar bukan sahaja perlu membacanya tapi perlu mengamalkannya...barulah cemerlang

Tinta Emas berkata...

Citarasa rinduan: terima kasih sbb jdi tetamu istimewa CTE..

Segala ilmu pengetahuan sememangnya ingin dikongsi untuk semua...

A.s.t.i.n.a berkata...

Cikguuuuuu! *eh saya harus sopan*


Cikgu adalah kategori insani yang saya akan automatik hormat melebihi yang lain .. kerana tanpa cikgu, saya pasti menaip seperti ini

jkiugan lwaeiob wegtb!eoee??

Maka, terima kasih CIKGU!! I love You Teacher.

err Cikgu.. word verification utk komen ini ialah "sperm" ???

Dulu saya belajar juga Biologi. SPM cukup makan A3. hehe sedangkan B dah tu..

Tanpa Nama berkata...

nk paksa student fda bc entry ni ulang2... :)

Tinta Emas berkata...

Astina: memang betul! tanpa cikgu mesti ejaan kita berterabur...Tak dapat A , dapat B tu syukur alhamdulillah...masih katogeri PANDAI BUDAK NIEEEE...

Tinta Emas berkata...

Fda : bebudak sekarang nie..lagi dipaksa lagi lah buat dono je....

kalau baca pun tak menghayatinya..cuma sebagai syarat sahaja..

lepas tu banyak pulak komplinnya...

teratai berkata...

salam cgu cte,

pesanan yg baik utk pelajar! Penampilan guru juga perlu baik utk melahirkan rasa hormat murid kpd guru!

Tinta Emas berkata...

teratai: betul jugak tu...guru pun kena berwibawa barulah pelajar hormat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...