Inilah sekolah saya masa saya kecik-kecik dulu...seingat saya, saya tidak bersekolah tadika @ pra sekolah pada masa tu...Saya terus bersekolah di sekolah ini..Sekolah Rendah Kebangsaan LKTP Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor..Saya bersekolah kat sini dari darjah 1 hingga ke darjah 6.
Dahulu, kalau saya hendak pergi ke sekolah, saya berjalan kaki sahaja..jauh jugaklah rumah saya dengan sekolah. kira-kira 5km jugaklah..Lepas pergi ke sekolah rendah, saya akan terus ke sekolah agama pulak. pukul 5 ptg barulah saya balik ke rumah. Begitulah kesusahan saya untuk menuntut ilmu pada masa dulu..
Saya masih ingat lagi, bagaimana saya pergi ke sekolah dengan memakai kasut getah. Kasut ini sangat lasak dan tidak mudah koyak..Kalau hujan, lebih selamat sebab cepat kering tapi kasut kita tu akan penuh dengan air..dahulu saya jarang menggunakan stoking..just sarung sahaja..
Dahulu juga, saya tidak mementingkan penggunaan payung untuk melindungi diri daripada hujan..apa yang saya lakukan ialah menggunakan plastik beras yang macam sekarang..gunting untuk jadikan pelindung hujan...itu semua pengalaman indah bagi saya..
Teringat saya, emak saya hanya mampu memberikan wang saku sebanyak 20 sen sahaja untuk satu hari..kalau saya nak makan sedap, saya akan kumpul duit tu 2 hari barulah saya dapat makan sepinggan mee goreng special..Dahulu murah je..tapi sekarang tak dapatlah...
baru-baru ini, saya pulang ke kampung saya dan saya mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam kawasan sekolah dan meninjau2 sekolah tersebut...memang sudah banyak berubah..
Dikesempatan ini, saya membawa anak-anak saya mengenali sekolah rendah saya..saya juga membawa mereka menyusuri jalan-jalan kecil yang saya lalui dahulu untuk ke sekolah..saya juga menunjukkan sekolah agama saya yang memang jauh.
Saya nak tunjukkan kepada mereka, bahawa dengan kesusahan inilah yang menyebabkan saya berjaya hari ini...
Terima kasih emak..
terima kasih abah...
Wassalam
2 ulasan:
tetiba fda teringat kenangan zaman sekolah dulu... sonokkan kak CTE zaman pakai baju putih biru tu dl
ya seronok mengingatkannya...tentu zaman fda x sama dengan zaman sye..sye masih tidak kenal baju kurung dan tudung...
Catat Ulasan