Sabtu, Februari 19, 2011

Yang Tersirat....

Hanya ingin berkongsi cerita yang telah dibaca...

Petang itu,sewaktu pulang dari makan tengah hari, para pekerja di sebuah syarikat terperanjat apabila melihat sebuah nota dilekatkan pada cermin pintu masuk.

Nota itu memberitahu, salah seorang ketua yang selama ini menyusahkan dan menyekat prestasi mereka, sedang sakit tenat.

"Anda semua boleh menziarahinya di dalam khas, sebelah bilik mesyuarat utama."

Daripada sedih, kemudian timbul pula perasaan gembira di kalangan para pekerja tersebut kerana yang sakit tenat itu adalah ketua yang selama ini banyak menyusahkan dan menghalang kejayaan mereka. Baguslah, kata para pekerja itu. kalau dia mati, lagi bagus. Masing-masing tersenyum gembira.

Bagaimanapun, apabila mereka semakin hampir dengan bilik khas tersebut, para pekerja ini mula saling bertanya, "siapa ketua yang sakit itu?".

Pintu dibuka, seorang demi seorang masuk. Tiba-tiba mereka terdiam. Para pekerja itu memerhatikan sesuatu.

Sebenarnya, didalam bilik itu tiada sekujur tubuh ketua yang sedang sakit tenat, seperti yang mereka harapkan. Yang ada hanyalah sebuah cermin dan sesiapa yang memandang cermin besar itu akan melihat dirinya sendiri. Di sebelah cermin itu pula terdapat sebuah nota tertulis perkataan, 'ANDA'

"Andalah yang mengubah hidup anda sendiri. Hanya andalah saja yang mampu menjadikan hidup anda ceria dan mencapai cita-cita yang diinginkan. Hidup anda tidak akan bertukar apabila ketua, atau syarikat dan kawan-kawan anda bertukar".

"Sebaliknya, hidup anda hanya akan bertukar dan berubah apabila anda sendiri yang menukar sikap dan berubah, apabila anda melakukan sesuatu dengan baik, jujur dan lebih daripada yang diharapkan dan apabila anda menyedari bahawa andalah satu-satunya manusia yang bertanggungjawab kepada diri dan hidup anda sendiri."

Wassalam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...