Rabu, Februari 02, 2011

SEGMENT 1 MALAYSIA : Selamat Tahun Baru Cina

Esok, semua rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina..Tidak kira anda cina ke, melayu ke, india ke, orang asing ke..tetap bersama-sama meraikannya...Sudah semestinya akan kedengaran bunyi mercun dan cahaya berkerdip-kedipan di langit malam nanti...Tunggu je lah malam ni tepat pukul 12 tengah malam...
Teringat saya sambutan tahun baru cina pada tahun lepas, pelajar-pelajar cina sekolah saya telah mengadakan persembahan naga. memang bising dengan bunyi gendang 24 mereka..berdengung-dengung telinga guru-guru dan para pelajar...Tapi kami tetap tidak berganjak dari tempat duduk...
Cikgu di sebelah saya, memang tidak boleh melihat kepala naga tu...dia sungguh takut dengan bulu mata naga itu yang berkedip-kedip...lentikkkk....fobia...
Pelajar senyap sahaja melihat naga tersebut menunjukkan tariannya...Tibalah saat untuk menghulurkan buah limau kepada orang-orang yang penting iaitu, pengetua dan penolong kanan...
Nak tau...naga kasi buah limau guna apa?...x kan guna tangan kot...kenalah guna mulut dialah....
Lepas tu, naga tersebut pergilah ke tempat pelajar-pelajar yang terpilih...tak kira bangsa...masalahnya...bila naga tersebut bergerak ke hadapan pelajar, terutama pelajar bukan cina..semuanya lari..takut dengan naga tersebut...walhal naga tu cuma olok-olok saja...kelakar jugak melihat gelagat pelajar tersebut...
Tapi bila naga tu hulurkan angpow....semua nak dekat dengan naga tu pulak....
Seperti kebiasaan...tahun ini pun ada juga persembahan naga...tetapi hanya untuk pelajar cina sahaja... sekolah sudah dihias dengan lampu-lampu berwarna merah...
Ada juga pelajar-pelajar cina yang meminta angpow dari saya...tapi saya cakap, kalau saya orang cina, dah tentu saya akan kasi angpow...nasib baik saya orang melayu....
Kepada mereka yang berbangsa cina...SELAMAT TAHUN BARU CINA @ GONG XI FA CHAI.....
wassalam

4 ulasan:

logorithm berkata...

Gong Xi Fa Cai + selamat bercuti Cik Siti!

a.R berkata...

selamat bercuti..!

Awangku Johan berkata...

Salam ziarah n salam perkenalan.. saya follow blog awak ek.. mai singgah n follow blog saya ek

Tinta Emas berkata...

Selamat tahun baru juga utk logorithm dan cik muda sae..Awang Johan...terima kasih sbb follow..saya akan follow awak jugak....tapi blog awk beratlah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...