Khamis, Februari 24, 2011

WASIAT ATUK...

Suatu petang, seorang remaja lelaki sibuk membersihkan beberapa barangan peribadi milik datuknya yang baru meninggal dunia. Ketika itulah dia terjumpa sepucuk sampul surat berwarna merah garang. Pada sampul itu tertera sebaris ayat... Khas buat cucuku...

Menyedari tulisan tersebut milik datuknya, remaja tersebut terketar-ketar mengoyak sampul surat itu. Lipatan kertas dari dalam sampul dibukanya perlahan-lahan..Dia mula membaca...

Kehadapan cucuku,

Beberapa tahun dahulu, cucu pernah datang berjumpa dengan atuk eminta nasihat. masih ingatkah, cucuku...Cucu pernah bertanya bagaimana atuk mencari kepuasan dalam hidup?

Atuk tak tau bagaimana nak menjawab. Pertanyaan itu lenyap begitu sahaja. Lama-lama atuk rasa berdosa pula keranan tidak memberikan jawapan pada persoalan cucu..

Menjelang hari-hari terakhir hidup ini, atuk berasa masih berhutang pada cucu. Jadi, disini atuk perturunkan apa yang atuk percaya ia merupakan jawapan yang tepat.

Semuanya bergantung pada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu perkara. Kerana itu, bukalah mata seluas mungkin!.

Cucu perlu sedar bahawa hidup ini peruh dengan kejutan. Banyak antaranya baik kepada kita. Jika amir tidak menjaga saat kejutan tersebut, cucu akan kehilangan separuh daripada keseronokan yang ada didalamnya.

Apabila cucu berdepan dengan cabaran, sambutlah kedatanganya, nescaya cabaran itu akan meninggalkan cucu dengan hikmah kebijaksanaan, kekuatan dan keupayaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Tetapi apabila membuat kesilapan, bersyukurlah kerana ia memberi cucu iktibar.

Selesaikanlah denganmenggunakan balik pengajaran tadi dan ia akan membantu cucu mencapai matlamat. Cucu juga perlu ikut peraturan kerana apabila dipatuhi, hidup pasti akan berjalan lancar. Jika cucu berpendapat, boleh memperoleh sesuatu secara mudah dengan melanggar peraturan, cucu sebenarnya hanya memperbodohkan diri.

Seperkara lagi, amat penting untuk cucu putuskan dengan tepat apa yang cucu mahu. Kemudian pastikan minda memberi fokus terhadap sasaran itu sambil bersiap sedia mengharunginya.

Apabila usia meningkat, cucu juga bakal mendapat kasut yang lebih besar. Jadi, atuk mahu cucu bersiaplah menghadapi episod penghabisan sebagaimana misi ketika bermulanya cabaran dahulu.

Cucu atuk mesti berani untuk berpindah daripada suasana kebiasaan kepada sesuatu yang lazim. Hidup belum bermula sekadar mencecah puncak. Sebahagian daripadanya bergerak dari satu puncak ke puncak berikutnya.

Jika cucu berehat terlalu lama di antara kedua-duanya, mungkin cucu mudah mengalah. Tinggalkanlah kenangan silam. Buang perangai yang boleh lambatkan usaha dan sentiasa menjana tenaga.

Ingatlah bahawa pilihan cucu itu akan mencipta sama ada kejayaan mahupun kegagalan. Justeru nasihat atuk, ambil kira setiap langkah dan putuskan yang mana satu boleh jadi ikutan. Kemudian yakinlah pada diri sendiri, bangkit dan terus bergerak.

Pastikan cucu juga sesekali rehat sejenak. Ini kerana masa itulah cucu berpeluang memperbaharui iltizam untuk membentuk impian, keceriaan dan tanggapan baru.

Akhirnya dan paling mustahak, jangan mudah menyerah kalah. Orang yang berakhir sebagai juara, adalah insan yang berjuang untuk menang. Berikanlah kehidupan itu segala-galanya, dan kehidupan bakal memberi balik yang terbaik untuk cucu...

Atukmu.

p/s : Banyak nasihat dan pengajaran yang dapat kita ikuti dalam wasiat atuk kepada cucunya...jika kita mengikut jalan yang benar, maka laluan yang benarlah akan kitatempuhi...jika kita gagal sekali, bukan bermakna kita kakn gagal selama-lamanya...Jadikan ia sebagai pengajaran dan perbaiki lagi...

Wasallam

3 ulasan:

A.s.t.i.n.a berkata...

Saya punnak tinggalkan wasit begitu juga nanti... sedih tak orang2 yang saya tinggalkan andai saya buat surat begini..?

Tanpa Nama berkata...

fda suka entry camni!

Tinta Emas berkata...

mestilah sedih...pasti meleleh2 air mata diorang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...