Rabu, Februari 23, 2011

Kenangan Terindah : Sekolah Menengah ke 3

Sekolah Menengah ke 3 saya ialah Sekolah Tun Habab, Kota Tinggi, Johor.

Pindah lagi??

Rezeki lulus SPM....saya di tawarkan melanjutkan lagi pelajaran ke tingkatan 6..disebabkan sekolah lama saya tidak ada kelas tingkatan 6, maka saya terpaksa berpindah sekolah lagi...

Kalau dulu pindah SMK Bandar Mas kerana sekolah ini tidak menawarkan tingkatan 4 dan 5, begitu jugak dengan SMK Air Tawar ni...Sekolah ni juga tidak ada kelas tingkatan 6, so saya kena pindah lagi...

Di sekolah ini, saya ditempatkan di tingkatan 6 Rendah 2..begitu juga apabila saya naik ke tingkatn 6 Atas....kelas no 2 jugak...

SMK Tun Habab ni berada di bandar Kota Tinggi. Masa saya sekolah dulu, dewan sekolah ini baru dalam pembinaan.. Setiap hari saya akan mengalami pencemaran bunyi yang serius... Selama berbulan-bulan saya terpaksa mendengar bunyi "piling"" ( menanam cerucuk besi ke dalam tanah ) ...yang anehnya, bila saya balik ke rumah, bunyi tersebut sentiasa berada di ingatan saya...Merana sekejap...

Masa kat sekolah ini, saya dan rakan baik saya Rusminah Hj Maamin, mula suka mengacau-ngacau ( ushar ) bebudak junior....tak kira bangsa... saya masih ingat lagi, saya telah menegur seorang budak lelaki cina yang duduk berseorangan di depan sekolah...bila saya tanya, budak tu tak jawab-jawab... esoknya saya jumpa lagi...sorang jugak...last-last saya dekati budak ni...dia jawab terkial2...macam budak baru belajar bercakap...Macam ne ni duduk Malaysia tapi tak tau cakap Bahasa Melayu?..

Tanya punya lah tanya, macam soal siasat...rupa-rupanya dia pelajar Jepun! Patutlah tak ada kawan....Dulu ada progaram pertukaran pelajar-pelajar luar negara...Untung jugaklah dapat berkawan dengan orang Jepun...dapatlah cenderahati daripada budak tu...gambar rumah dia semasa musim salji...di belakang gambar tua ada alamatnya...Tapi saya tak pernah menghubungi budak Jepun itu selepas dia balik Jepun...

Ini pula gambar saya bersama-sama member kamcing saya...Rus, Nazim dan karim...

Kami duduk dekat-dekat...bukan apa, senang nak berbincang tentang pelajaran...bukan bercinta yea...

Di sekolah sinilah, barulah mata saya terbuka luas.. sentiasa ada cabaran baru....banyak perkara-perkara baru yang kena saya belajar...kami mula didedahkan dengan kertas kerja dan pembentangan...ala-ala universiti...

masuk sahaja tingkatan 6 atas, kami banyak sertai program2 sekolah....macam2 program...kadang-kadang sampai tidur di asrama....ni semua gara-gara nak lulus STPM

Terlalu banyak kisah menarik yang berlaku ...tetapi ini sahaja yang saya dapat kongsikan....

wasallam

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ahhh... sekolah tun habab... igt lg kecik2... ada beberapa kali g sana men2 kat sana sbb abg sepupu dpt tender kantin sek tu... kenangan!!

A.s.t.i.n.a berkata...

andai dapat dicoretkan tap pengalaman itu.. coretkanlah. pasti seronok kalau kita baca berkali2pun...

bukan sekadar utk dikongsi bersama tapi utk kepuasan diri juga..

pRincESs_N berkata...

hubby N br pindah dr tun habab..dpt skul bangi..tp makcik pkcik dlu mngaja sane jgk..Cikgu Bahri & Cikgu Hamaliah..knal x..?

Tanpa Nama berkata...

Sungguh indah zaman sekolah di smk tun hababb...kini aku seorang guru di smk sintok.

Tanpa Nama berkata...

Alam persokolahan memang sungguh indah untukku kenangkan.Dimanakah kawan2 ku seperti Noridin, Hanifah, dll...stpm 1988 STH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...