Ahad, Februari 13, 2011

Jom Sokong Kempen Awasi Jerat Valentine's Day

14hb Februari - apa yang anda fikirkan tentang tarikh ini? bagi saya, tarikh ini tidak ada apa-apa makna dalam hidup saya..sama seperti hari-hari yang lain juga...asalkan Allah memanjangkan umur saya, alhamdulillah...itu sudah cukup berarti bagi saya kerana saya masih ada ruang untuk berubah dan membuat perubahan..

Tetapi golongan muda?

Saya rasa, mereka sudah berkira-kira dengan agenda untuk pengisian hari esok...masing-masing sudah terbayangkan saat-saat indah bersama sang kekasih...makan malam dihiasi lampu lilin ( sekarang dah tak ada lagi mcm gitu ), duduk berdua-duaan di bawah sinaran bulan....diberi sekuntum bunga sebagai lambang kasih sayang...dan sekurang-kurangnya menerima ucapan " aku cinta pada mu.."...Oh! so sweet...so romantik.....

Tetapi adakah anda tahu?

Adalah haram kita sebagai umat Islam untuk menyambutnya...Islam tidak pernah menghalang orang yang ingin menunjukkan kasih sayang tetapi mestilah ada batasannya..macam kata Juara Imam Muda, muhammad asyraf ( macam nama anak lelaki saya ), untuk menunjukkan kasih sayang sesama manusia, kita bukan menunggu pada hari berkenaan sahaja tetapi ia boleh disemai pada setiap hari... Betul tak?

Hari kekasih punca maksiat?

Pernyataan ini sudah sememangnya benar..remaja khususnya memang mudah terikut-ikut budaya ini..Ini kerana mereka masih lagi muda dan cepat sangat terpengaruh dengan keadaan persekitaran mereka. lebih-lebih lagi dengan budaya hidup barat yang sering dipertontonkan kepada mereka melalui tv dan filem-filem dewasa...Dan mereka tidak sedar akan akibatnya selepas mereka meraikan hari kekasih ini...bagi yang kuat imannya..alhamdulillah..

Tetapi bagi yang kurang imannya..godaan syaitan amatlah kuat sehingga mereka tidak terdaya melawannya...yang pasti mereka akan terjebak untuk melakukan maksiat ..tidak kiralah yang ringan ataupun tidak...akhirnya akan menyebabkan mereka terlanjur dan yang paling teruk menghasilkan benih luar nikah....kesian kat anak-anak tersebut...

Beberapa hari lepas saya ada terbaca tentang pusat perlindungan wanita hamil luar nikah...menurut pengetuanya, majoriti yang hamil adalah terlanjur di malam meraikan hari kekasih!...

Amaran untuk kaum hawa

Jagalah kesucianmu daripada lelaki durjana yang bermaharaja di luar sana. Jika mereka sayang kamu, mereka akan menjaga kamu seperti menatang minyak yang penuh..mereka tidak akan menyentuh kamu sebelum mempunyai ikatan perkahwinan..Tolong janganlah mempercayai janji lelaki untuk menuntut bukti cinta kamu terhadap mereka...lawanlah godaan syaitan...

Sokonglah Kempen Awasi Jerat Valentine's Day.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna..

Wassalam

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yup kak CTE... valentine day mmg ari maksiat... ari emmproduce baby peristiwa... jom kita pakat ramai2 jangan sambut arini!

Tinta Emas berkata...

sy x pernah pun sambut hari kekasih...mudah2an anak muda sekarang sedar akan keburukannya...

teratai berkata...

setuju sangat2...Alhamdulillah moga ramai yg sedar tentang pengharaman sambutan hari kekasih ini!

Tinta Emas berkata...

alhamdulillah..semoga ramai lagi yg akan sedar ttg hal ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...