Isnin, Februari 28, 2011

Kerja Kursus Geografi 2011 ( Part 1 )

Entri ini khas untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil PMR 2011

***PERHATIAN - KERJA KURSUS INI BELUM SIAP SEPENUHNYA. INI ADALAH SEBAGAI PANDUAN SAHAJA DAN SELEBIHNYA, ANDA KENALAH BERUSAHA MENGUBAHSUAI UNTUK DIJADIKAN SEBUAH KERJA KURSUS YANG LENGKAP..

Ini adalah contoh kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi tahun 2011. Kerja kursus ini hanya dapat dipaparkan sehingga kaedah kajian sahaja. Ini adalah sebagai panduan untuk pelajar-pelajar membuat persediaan dalam menghasilkan dapatan kajian. Selepas membuat kaedah kajian, pelajar dikehendaki untuk membuat soal selidik atau temu bual. Daripada dapatan tersebut, pelajar dikehendaki membuat dapatan kajian. Contoh dapatan kajian akan anda peroleh dari Kerja Kursus geografi 2011 yang telah saya sediakan..

Sebelum itu , anda dikehendaki melengkapkan kerja-kerja awalan seperti di bawah. Perlu di ingatkan bahawa contoh kerja kursus ini adalah sebagai panduan sahaja. Para pelajar tidak dibenarkan untuk meniru atau mencetak 100% daripada ruangan ini. Pelajar digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri supaya kajian dihasilkan lebih mantap.

Sila ikut panduan di bawah:-

1. Tajuk :

Pencemaran Alam Sekitar di Taman Daya, Johor Bahru ,Johor.

2. Senarai kandungan ( Rujuk Buku teks )

Perkara

• Penghargaan

• Pendahuluan

• Objektif kajian

• Kawasan kajian

• Kaedah kajian

• Dapatan kajian

• Rumusan

• Lampiran

• Rujukan

3. Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan _____________________kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 ____Pn/En .................................yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, ............................ dan .................................. yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu ......................................, .................................... , ................................... dan ..............................

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini

4. Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk “ Pencemaran Alam Sekitar Di ................................................"

Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Daya kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman yang berhampiran untuk keluar ke Bandar raya Johor Bahru.

Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

5. Objektif kajian

Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-

1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

6. Kawasan kajian

Ini contoh sahaja.

Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman Daya, Johor Bahru, Johor iaitu kira-kira 14km di utara Bandar raya Johor Bahru. Taman Daya merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Syarikat Keck Seng Sdn, Bhd.

Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman getah serta kelapa sawit. Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan utama di Johor Bahru. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.

Kawasan Taman Daya terletak di parlimen Tebrau dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbadanan Johor Bahru Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini berdekatan dengan Taman Mount Austin, Taman Setia Indah, Taman Delima dan taman-taman yang lain. Di Taman Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor Bahru hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM3.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

sila sertakan

sila klik Peta daerah Johor bahru yang diwarnakan sendiri

Pelan Taman daya yang diwarnakan sendiri (Nanti saya akan berikan )

Bagi pelajar tempat lain...boleh gunakan google map...

7. KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-

1) Kaedah pemerhatian

-Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Taman daya dengan melihat system perparitan serta sistempembuangan sampah. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai

2) Kaedah soal selidik -kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan.

Atau ( pilih sama ada kaedah soal selidik atau Temu bual )

2) Kaedah Temu bual - kami telah menemubual 10 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman ini ..Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang pencemaran alam sekitar. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan.

3) Kaedah rujukan -Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di Perpustakaan SMK Taman Daya 2. Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh daripada Syarikat Keck Seng (M) sdn Bhd.

Untuk contoh borang soal selidik sila dapatkan di SINI.

Untuk Dapatan kajian sila klik di SINI

Nak lihat contoh rujukan sila klik di SINI

semoga anda mendapat markah yang CEMERLANG

Peringatan pada para pelajar:

jika anda hendak copy and paste entry ini WAJIB minta izin dahulu dengan cara daftar di tetamu istimewa dan letakkan link anda di bawah.

Jika hendak lihat Kerja Kursus Sejarah sila k.lik di SINI

Saya hanya membantu sekadar yang termampu...anda boleh copy n paste atau sebagainya...saya harap calon-calon PMR 2011 akan mendapat cemerlang dlm peperiksaan nanti...

Good luck!!!

JIKA ANDA SUKA DENGAN ENTRY INI, SILA KLIK IKLAN DI BAWAH...JUST KLIK AJE TAK RUGI APA-APA...

242 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 242 daripada 242
ImFiqa. berkata...

terima kasih bnyk2 cikgu!<3
saya guna ni jd guide ya?:DD

ZuLz berkata...

saya minta izin ambil ckit maklumat ye.. terima kasih :D

hanis berkata...

cikgu minx izin copy ye..terime kasih sgt2

tinta hijau berkata...

salam cikgu.....saya nak buat contoh cikgu nie sebagai panduan saya bagi menyiapkan kerja kursus saya ye....terima kasih cikgu....semoga cikgu dimurahkan rezeki...amin...:)

johor berkata...

salam,minta izin nk buat rjukan,copy ckit ye cikgu..syukran

anaJUSTordinary_gurlz berkata...

ckgu,, saye minat izin utk mgambil maklumat ,, terima kasih kerana telah memberi maklumat ttg kerja khusus nie,,

Tanpa Nama berkata...

sya mau mminta izin tuk c0py bbrape mklumt d'ats .. =)

nikizzam berkata...

cikgu, minta izin copy yer. terima kasih cikgu. semoga cikgu diberkati Allah hendaknya. amin

ziqka berkata...

salam..ckgu..sy na mntk izin copy n paste krje kursus..jdkn pnduan jew..terima kasih..:)

fatiniathirah berkata...

salam,,
cikgu,,
sy nk mnx izin untk copy n paste,,
untk djdikn pnduan..
trima kasih ckgu :)

spice girls berkata...

cikgu,saya ingin minta izin copy sedikit maklumat kerja kursus geografi di sini..terima kasih.

Siti Hathijah berkata...

MINTA IZIN COPY YEE :)
thanks .. =)

Hamba Allah berkata...

mintak izin copy yee. terima kasih banyak banyak atas pertolongan cikgu dgn memberi info geografi . semoga Allah merahmati cikgu .

Natasha berkata...

cikgu, saya pelajar dari SMK KULAI BESAR. saya minta izin nak copy ye. terima kasih. =)

Ain Matdiris berkata...

Assalamualaikum,
cikgu saya mohon buat rujukan. terimakasih =)

Khairul Aidee berkata...

minta izin ye cikgu,saya amik ckit maklumat.....:)

Mizz Lonely berkata...

salam cg,sy nok minta izin cg serta halalkan maklumat yang sy ambil utk dijadikan bahan rujukan....tq...

Unknown berkata...

Aslmkm, cikgu terima kasih,, mohon copy utk bantu adek sy

Syarifah Nur Azlin Wan Zainal Abidin berkata...

Saya pelajar Ting. 3 dari Sarawak. Saya nak meminta izin Cikgu untuk Copy and paste kerja kursus di atas :)

RaFz FyCk berkata...

cikgu..
sy mnx izin nk amik k.k neyh..
thnkz ckgu bb wat blog cmney..

ela berkata...

salam cikgu saye nk minta izin copy & paste .. terima kasih yer cikgu ..

Tanpa Nama berkata...

thanks cgu..

izzatulismah berkata...

ASALAMUALAIKUM CIKGU..
SAYA MINTA IZIN COP-PASTE YE CIKGU...
TERIMA KASIH SGT2 CIKGU...

Unknown berkata...

salam cg.minta izin untuk rujukan ye. sy dari kuala terengganu.

Zafran berkata...

terima kasih kerana menyediakan blog ini... ia dpt memudah saya untuk menyiapkan folio geografi...

Tanpa Nama berkata...

cikgu,boleh tak ambil sikit maklumat dari kerja kursus geografi ?

NurAfiqah berkata...

minta copy . tq

F I E Q A H berkata...

saya copy yee, terima kasih :)

WAN berkata...

salam. sy nak amik sikit maklumat yang cikgu beri ni yea? izinkan dan halalkan yea cikgu? maklumat yang cikgu berikan ni sangat membantu sy dalam membuat kerja kursus sy. terima kasih cikgu :D

Izzatisalam berkata...

mohon halalkan copy dan paste yer
TERIMa Kasih ia sangat membantu saya

Tanpa Nama berkata...

salam puan,,sy eyna dri kelantan..sy nk mtak izin puan bnarkn sy copy mklumat dlm blog puan nim..thanx a lot puan

Natra. berkata...

salam cikgu..
izinkan sye untuk mengambil contoh borang soal selidik ye..
thanks <3

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM CIKGU, SAYA NAK AMBIL MAKLUMAT YANG CIKGU BERI INI. MAKLUMAT INI SANGAT MEMBANTU SAYA. SEMOGA CIKGU DMURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH S.W.T

Tanpa Nama berkata...

mtk izin nk copy utk wat pnduan yew cg ...

Linda berkata...

Salam Cikgu....saya copy paste contoh ni utk diberikan kepada students saya...saya br thn ni kena ajar Geo n bkn option saya...so x ada pengalaman lagi...harap di halalkan ilmu ini yek....Terima kasih banyak2 atas maklumat ini...ia sangat2 membantu saya....Thanx a lot...

Lyeanna Wana berkata...

assalamualaikum. sy mintak izin copy utk kerja khusus saya. terima kasih

Hannan Mursyida Binti Suradi berkata...

assalamualaikum. cikgu, minta izin nak copy objektif kajian boleh tak? terinma kasih.. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam,
sy minta izin utk guna bahan dr blog cg. ni, ya?
TQ~

Tanpa Nama berkata...

Salam ,
Saya takut pulak main ambil orang punya hasil kerja , So , saya nak mintak izin ambil idea tau . tapi takdalah tiru sebijik-sebijik , saya olah ayat-ayat tu . Entry ni sangat berguna . Moga dapat pahala amal Jariyah . Terima kasih sangat :)

sincerely , Anonymous :3

Ameera K ♥ berkata...

Thank you so much! You've been really helpful. Semoga Allah mengurniakan pahala kepada hamba-Nya yang membantu insan lain. Ameen :)

Unknown berkata...

Cikgu ,pihak swasta perlu macam mana hurai??terma kasih cikgu...

Siti Sarah Sophia berkata...

Saya minta izin untuk copy bahagian Kaedah Kajian sebagai sumber rujukan saya untuk bahan PT3 Geografi :) Terima kasih...

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 242 daripada 242   Terbaru› Baru»

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...